VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 11/09/2012

Malindo Airways penerbangan murah kedua Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.

NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.

Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.

Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.

Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.

“Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.

Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.