ARKIB : 25/08/2012
Zeti ahli perbankan terbaik dunia
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.
Dr. Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang mencapai mata "A" di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh Global Finance.
Beliau juga mencapai mata "A" pada tahun lepas dan 2010.
Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando Tetangco Jr. dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia, Glenn Stevens dan Gabenor Bank of Israel, Stanley Fischer.
Nama baru yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada, yang pada tahun lepas mendapat mata "B+". Sementara itu, Pengerusi Rezab Persekutuan AS, Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada "B" daripada "C" pada tahun lepas.
Rencana Central Banker Report Card itu, yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat Eropah) pada skala "A" hingga "F" bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
"A" mewakili prestasi cemerlang dan turun sehingga "F" bagi kegagalan mutlak. Kriteria subjektif juga boleh digunakan.
Penerbit Global Finance, Joseph Giarraputo berkata: "Ahli-ahli perbankan pusat di dunia kini diuji melalui tahun-tahun yang sangat mencabar pernah dicatatkan."
"Setiap tahun, kami menilai kecekalan ahli-ahli perbankan pusat untuk menghadapi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan masing-masing menghadapi isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi yang berhadapan dengan pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan. - BERNAMA
Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah
Harga timah ditutup rendah
Harga saham naik tengah hari
Niaga hadapan KLIBOR tidak berubah
1MDB rancang IPO 2014
Industri halal berkembang
KWSP sasar 80,000 majikan guna e-Caruman
Niaga hadapan FBM KLCI ditutup kukuh
Kontrak hadapan KLIBOR tidak didagang
Pasaran wang ditutup kukuh campur tangan BNM
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Harga getah ditutup tinggi
Harga saham ditutup tinggi
KWSP kembangkan portfolio pelaburan - CEO
Land Rover optimis operasi pemasangan di Malaysia
Harga timah kekal AS$20,300 setan metrik
Tiada urus niaga KLIBOR tengah hari
Pelabur Malaysia buka hotel syariah di Lombok
Kontrak hadapan KLCI diniaga tinggi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










