VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 24/08/2012

Majoriti rakyat dapat faedah

Nor Mohamed Yakcop

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Golongan terbanyak akan terus mendapat faedah yang melimpah daripada kerajaan dalam Bajet 2013 yang bakal dibentangkan pada 28 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, selain itu pengukuhan ekonomi akan terus mendapat perhatian Perdana Menteri untuk memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 tercapai.

Justeru, sudah tentu Najib akan memastikan negara akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi dan pada masa yang sama mengawal defisit.

"Yang pasti, tiada golongan yang terpinggir dalam Bajet 2013 nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Mengulas mengenai hutang kerajaan yang tinggi, Nor Mohamed berkata, ia bukan satu isu besar kepada negara.

Bekas Menteri Kewangan Kedua itu berkata, hutang Malaysia sebenarnya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah yang memiliki hutang melebihi 100 peratus.

Tegasnya, apa yang lebih penting, hutang-hutang yang dipinjam bukan bertujuan untuk membayar gaji kakitangan sebaliknya bagi tujuan pembangunan negara.

"Kita tidak bayar gaji dengan terpaksa berhutang. Gaji-gaji kakitangan dibayar menggunakan hasil kutipan wang.

"Ini menunjukkan keupayaan kerajaan menguruskan wang dengan cara berhemah dan berhati-hati," katanya.

Lagipun, tambahnya, kebanyakan hutang kerajaan diperoleh daripada sumber-sumber dalaman dan bukannya di luar negara.

Menurutnya, jumlah hutang di luar negara hanya sedikit dan kebiasaannya hutang berkenaan dijelaskan sebelum tarikh matang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.