ARKIB : 21/08/2012
Tahun pertama membanggakan
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Green Oranges Sales & Services Sdn. Bhd. (Green Oranges), pengedar eksklusif Great Wall Motors (GWM) berjaya menjual 432 buah kenderaan jenama berkenaan dalam tempoh setahun penubuhannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Azli SM Nasimuddin berkata, syarikat berkenaan ditubuhkan pada 31 Julai 2011 dan berdasarkan prestasi tahun sulungnya, ia jauh lebih baik daripada pengenalan jenama Korea sebelum ini.
"Ayah saya (Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin) ketika memperkenalkan jenama Kia ke Malaysia, cabarannya jauh lebih sukar dan jumlah jualan tahun pertamanya kira-kira 200 buah sahaja.
"Pencapaian Green Oranges jauh lebih baik dan mampu melebihi angka 432 buah jika mendapat bekalan kenderaan yang cukup dari GWM yang berpusat di China.
"Permintaan terhadap jenama GWM kini melebihi bekalan dan kita terpaksa akur dengan masalah berkenaan kerana GWM China turut menghadapi masalah sama," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mohd. Azli berkata, cabaran memperkenalkan kereta jenama dari China memang sukar kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi negatif mengenai produk dari negara berkenaan, namun ia tidak mematahkan semangatnya.
Katanya, jika bapanya boleh menjadikan jenama Kia dari Korea Selatan popular seperti sekarang, tidak mustahil dalam tempoh beberapa tahun lagi, Green Oranges mampu mengulanginya menerusi jenama GWM.
"Sepanjang setahun ini, kedua- dua model GWM iaitu pikap Wingle 5 dan kereta utiliti sukan Haval H5 telah menunjukkan prestasi yang cukup mengkagumkan dan tiada sebarang aduan kerosakan teruk diterima.
"Pelanggan dan juga pemandu uji kenderaan komersial di Malaysia memberi maklum balas yang baik terhadap kualiti dan prestasi kedua-dua model berkenaan," jelasnya.
Green Oranges ketika ini menerima 180 tempahan untuk model Wingle 5 dan 100 tempahan bagi Haval H5 manakala pihaknya hanya membawa 108 buah Wingle 5 dan 72 buah Haval H5 sebulan dari China dan dikumpulkan untuk sentuhan terakhir di kilangnya di Kedah sebelum diedarkan kepada pelanggan.
Menurut Mohd. Azli, masalah kekurangan bekalan berkenaan akan selesai pada penghujung tahun ini dan kemungkinan pada tahun hadapan Green Oranges akan memperoleh hak pemasangan komponen terurai (CKD) dari GWM, bagi meningkatkan pengeluaran sedia ada.
"Kami menetapkan sasaran untuk menjual 1,500 buah kenderaan GWM setahun jika masalah pengeluaran dapat diselesaikan nanti," ujarnya.
Ditanya mengenai perolehan Green Oranges, beliau berkata, syarikat berjaya meraih jualan berjumlah RM35 juta walaupun berdepan dengan kekurangan bekalan dan menetapkan sasaran jualan sebanyak RM100 juta tahun hadapan apabila masalah tersebut dapat dapat diselesaikan.
"Green Oranges telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya harap dapat diteruskan pada tahun hadapan. Kami juga telah memenangi dua anugerah terbaik dalam industri automotif dan ini merupakan pencapaian yang mengagumkan bagi syarikat muda seperti kami," katanya.
Tambah beliau, Green Oranges akan memperkenalkan model baru kategori hibrid iaitu Volex dan Haval E.
Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta
Keuntungan CMSB meningkat 10 peratus
TDM yakin perladangan, penjagaan kesihatan
Rumusan krisis global dicari
Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Malaysia kekal rakan dagang utama China di ASEAN
PCG peruntuk RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin prestasi
Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC
LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan
AEON sedang dibina di Kulaijaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









