VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 16/08/2012

Pengarah syarikat senaraian awam Malaysia terima ganjaran tinggi

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Syarikat-syarikat senaraian awam di negara ini masih memberi ganjaran tinggi kepada ahli-ahli lembaga pengarahnya pada 2011 walaupun persekitaran ekonomi global berada dalam keadaan membimbangkan.

Malah, terdapat syarikat-syarikat yang mencatat kerugian masih membayar gaji yang tinggi kepada ahli-ahli lembaga pengarah.

Kaji selidik tahunan yang dijalankan Malaysian Business menunjukkan 20 syarikat teratas yang membuat pembayaran tertinggi mengeluarkan RM534.95 juta untuk membayar ahli-ahli lembaga pengarahnya tahun lalu, meningkat 17 peratus daripada tahun sebelumnya.

Genting Bhd. mengeluarkan perbelanjaan terbanyak untuk memberi ganjaran kepada ahli lembaga pengarahnya iaitu RM117.69 juta dengan Pengerusi Eksekutif dan Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Lim Kok Thay menerima bayaran sebanyak RM113 juta sehingga RM113.05 juta.

IOI Corporation Bhd. pula menduduki tangga kedua dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM60.30 juta, meningkat 7.1 peratus berbanding tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Lee Shin Cheng menerima bayaran sebanyak RM56.75 juta sehingga RM56.8 juta.

Anak syarikat Genting, Genting Malaysia yang membayar lebih RM48 juta kepada ahli-ahli lembaga pengarahnya berada di tempat ketiga.

Dalam pada itu, terdapat sesetengah syarikat yang mengurangkan ganjaran kepada ahli lembaga pengarah mereka pada tahun lalu seperti Berjaya Corporation Bhd., yang membayar sebanyak RM20.67 juta, merosot 12.5 peratus.

Ganjaran tertinggi kepada seseorang pengarah syarikat pula adalah di antara RM10.35 juta sehingga RM10.40 juta, juga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu RM11.70 juta hingga RM11.75 juta.

CIMB Group Holdings Bhd. turut mengurangkan ganjaran kepada ahli lembaga pengarahnya sebanyak 10.9 peratus kepada RM16.49 juta.

Kaji selidik tersebut dijalankan terhadap 621 syarikat dengan julat ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas sebagaimana yang dinyatakan di dalam laporan tahunan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.