ARKIB : 13/08/2012
Malaysia diiktiraf pusat kewangan Islam
IPOH 12 Ogos - Jemputan Sudan untuk Malaysia menubuhkan bank kewangan Islam di negara itu membuktikan bahawa dunia mengiktiraf Malaysia sebagai pusat dan hub kewangan Islam.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, kerajaan bagaimanapun perlu berbincang dengan bank yang terlibat berhubung jemputan itu.
“Berhubung permohonan daripada negara Sudan, perkara ini kita perlu berbincang dengan pihak bank, sama ada mereka bersedia untuk pergi ke Sudan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas program membeli-belah bersama anak-anak yatim di sebuah pasar raya di sini, semalam.
Duta Sudan ke Malaysia Nadir Yousif Eltayeb dalam sidang media mengenai “Peluang Perniagaan di Sudan" baru-baru ini menjemput Malaysia untuk menubuhkan bank kewangan Islam di negara itu dalam usaha melancarkan pembiayaan dagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.
Ahmad Husni berkata, Malaysia telah bersedia untuk mengembang dan memperluaskan sistem perbankan Islam dan konvensional ke negara lain.
“Ini selaras dengan apa yang dilaksanakan oleh Bank Pembangunan Islam yang telah melancarkan “Nation Partnership Concept" yang mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang dipilih untuk membantu negara Islam lain dalam meningkatkan ekonomi negara mereka," katanya.
Beliau berkata, untuk peringkat pertama, Malaysia telah mempromosikan perbankan Islam dan produk halal di Tunisia.
“Ada beberapa negara lagi yang meminta kita untuk mengada perbincangan dan meningkatkan ekonomi negara mereka," katanya. - BERNAMA
Pertumbuhan MSC masih berterusan
Delegasi Malaysia ke AS jana projek RM5.5b
Asian Pac bangun projek RM380j di Kepong
AmInvest yakin produk Flexi 3
Scania jangka pasaran tahun ini meningkat
Jeruk Pak Ali ke Madinah
Ekonomi negara dijangka terus kukuh - Abdul Wahid
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









