ARKIB : 11/08/2012
AirAsia mesti pindah ke KLIA 2
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) mesti berpindah sebaik sahaja KLIA2 siap, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad.
Beliau dengan tegas berkata, isu tidak mahu berpindah tidak timbul kerana pembinaan KLIA2 dibuat untuk memenuhi permintaan AirAsia, selain menampung lonjakan penumpang yang memberangsangkan.
"Apabila terminal itu (KLIA2) siap, mesti kena pindah. Terminal lapangan terbang tambang murah sedia ada akan ditutup selepas pembukaan KLIA2," tegas beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.
Malah, beliau berkata, MAHB, selaku pengendali KLIA2 tidak akan melayan lagi sebarang permohonan mengenai perubahan di lapangan terbang itu untuk memastikan ikon baru di Sepang itu siap pada masa yang ditetapkan.
Bashir turut mengesahkan KLIA2 akan digunakan oleh tujuh syarikat penerbangan dan masih berunding dengan dua lagi.
Syarikat-syarikat penerbangan yang bakal beroperasi di KLIA2 ialah AirAsia Malaysia, Indonesia, Thailand, Cebu Pacific Air, Mandala Airlines, Tiger Airways dan Airphil Express.
Manakala dua syarikat penerbangan yang masih dalam perbincangan ialah Jetstar dan Lion Air.
Dalam perkembangan berkaitan, MAHB memberi jaminan bahawa projek pembinaan KLIA2 yang mencetuskan pelbagai polemik akan disiapkan dan beroperasi pada April 2013.
Menurut Bashir Ahmad, jaminan itu telah dibuat sendiri oleh para kontraktor yang dilantik dan terlibat dalam pembinaan KLIA2.
Beliau turut menegaskan kos KLIA2 tidak akan meningkat melebihi sasaran awal iaitu RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion.
"Lembaga Pengarah (MAHB) telah bermesyuarat mengenai KLIA2 dan kami masih mengekalkan KLIA2 akan disiap pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu April 2013,'" katanya.
Ia merupakan kenyataan pertama oleh Bashir selepas MAHB dikritik oleh Tan Sri Tony Fernandes mengenai projek KLIA2 melalui laman sosialnya baru-baru ini.
Dalam kenyataan di blognya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. itu mendakwa KLIA2 akan menelan kos RM4 bilion dan beroperasi pada 2014.
Diminta mengulas mengenai dakwaan itu, Bashir yang terdiam sejenak dengan nada perlahan berkata, beliau tidak mahu membincangkan perkara-perkara berkaitan perbincangan perniagaan di luar.
"Saya percaya adalah tidak betul untuk membuat sebarang ulasan (mengenai perniagaan) yang membabitkan rakan perniagaan MAHB di luar bilik mesyuarat.
"Lagipun bagi saya dengan cara mendedahkan segala permasalahan di luar akan memberi kesan negatif kepada MAHB. Ia tidak baik," tambah beliau.
Aktiviti M&A bank pelaburan dijangka rancak
Cardiff disenarai di Bursa Malaysia?
Saudi intai pasaran Asia Barat
Mapex sasar jualan hartanah RM900 juta
Skim pembiayaan peribadi khas untuk jururawat
Maybank untung RM1.51b
Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta
Keuntungan CMSB meningkat 10 peratus
TDM yakin perladangan, penjagaan kesihatan
Rumusan krisis global dicari
Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









