ARKIB : 10/08/2012
Pos Malaysia intai pasaran Asia Barat
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) sedang di peringkat perbincangan untuk melaksanakan penggabungan dan pemilikan (M&A) dengan syarikat kurier di Asia Barat bagi mempelbagaikan sumber perolehan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata, M&A merupakan sebahagian daripada program transformasi Pos Malaysia untuk tempoh lima tahun bagi mempelbagaikan perolehan syarikat.
"Pada masa ini, kami masih lagi menilai dan berbincang dengan pihak berkaitan mengenai pelaksanaan M&A tersebut dan berharap dapat dimuktamadkan secepat mungkin.
"Selain syarikat kurier, kami turut melihat potensi syarikat logistik. Pos Malaysia tidak hanya menumpukan perhatian terhadap pertumbuhan organik tetapi turut melihat pasaran luar bagi pengembangan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Pos Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil, Ahli Lembaga Pengarah, Datuk Lukman Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia, Mohd. Shukrie Mohd. Salleh dan Ketua Pegawai Kewangannya, Ahmad Faisal Murad.
Sementara itu, Mohd. Khamil berkata, pelan transformasi Pos Malaysia untuk tempoh lima tahun itu adalah untuk menambah nilai serta menggandakan perolehan serta keuntungan syarikat menjelang 2017.
Katanya, sebarang proses M&A perlu mempunyai strategi dan dilaksanakan dengan berhati-hati untuk memberi manfaat kepada semua.
Ketika ditanya mengenai cabang perniagaan pajak gadai Islam di bawah jenama ArRahnu@POS, Khalid berkata, pihaknya akan menambah lapan lagi cawangan pada tahun ini terutama di Johor, Sabah, Kedah dan Selangor.
"Kami menyasarkan untuk mempunyai 50 cawangan ArRahnu@Pos dalam tempoh satu tahun dari sekarang," jelasnya.
Semalam, Pos Malaysia secara rasminya melancarkan ArRahnu@POS, yang merupakan pilihan perkhidmatan mudah serta mematuhi aspek Syariah bagi orang ramai menukar barang kemas kepada bentuk wang tunai.
Pos Malaysia juga sedang bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) untuk menyediakan penyelesaian bagi aset mereka terutama tanah untuk dibangunkan semula.
Antara lokasi tanah Pos Malaysia adalah di Brickfields, Kuala Lumpur, Kelana Jaya dan Batu Pahat, Johor.
Pos Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM100 juta hingga RM150 juta bagi perkembangan organik mereka.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Khamil yang merupakan Pengarah Urusan iaitu pemilik Proton Holdings Bhd. (Proton), ketika ditanya mengenai suntikan dan RM1 bilion bagi pembangunan Proton City berkata, pihaknya akan mengumumkan perancangan tersebut pada waktu sesuai.
''Kita telah ditanya oleh pihak kerajaan negeri mengenai pembangunan Proton City, dan DRB-HICOM telah membentangkan pelan yang dirancang,'' katanya.
Aktiviti M&A bank pelaburan dijangka rancak
Cardiff disenarai di Bursa Malaysia?
Saudi intai pasaran Asia Barat
Mapex sasar jualan hartanah RM900 juta
Skim pembiayaan peribadi khas untuk jururawat
Maybank untung RM1.51b
Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta
Keuntungan CMSB meningkat 10 peratus
TDM yakin perladangan, penjagaan kesihatan
Rumusan krisis global dicari
Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









