ARKIB : 10/08/2012
Teh tarik Aik Cheong popular di Indonesia
JAKARTA 9 Ogos - Segala-galanya bermula pada tahun 2000 apabila Rike Purnomo dihidangkan dengan minuman teh tarik oleh rakan karibnya di Kuala Lumpur, Aishah Ali.
Kerana tertarik dengan teh tarik itu, Rike langsung bertanya kepada Aishah yang juga bekas wartawan bagaimana cara untuk beliau mengedarkan minuman berkenaan ke negara asalnya, Indonesia.
Kedua-dua wanita itu kemudiannya menjalin kerjasama mencari jalan bagaimana untuk merealisasikan keinginan Rike itu.
Memandangkan Rike sendiri mempunyai pengalaman berdagang, maka bukan suatu perkara yang sukar buat beliau untuk berurusan dengan pengeluar minuman segera popular Malaysia, Aik Cheong yang berpusat di Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka.
Aik Cheong terkenal kerana kejayaan memasarkan produk seperti teh tarik dan kopi-o segera.
Sekalipun sudah mendapat persetujuan untuk menjadi pengedar produk-produk jenama Aik Cheong di Indonesia, namun, permulaan perniagaan yang diusahakan itu amat sulit buat Rike.
"Sebelum jenama Aik Cheong terkenal di Indonesia, saya pernah berusaha memberikan contoh minuman itu dengan mengetuk pintu ke pintu rumah orang.
"Bukan mudah untuk memperkenalkan jenama ini kerana banyak pihak yang skeptikal, bahkan ada peniaga kedai runcit yang pernah melemparkan contoh minuman yang saya berikan kerana tidak percaya dengan apa yang saya ceritakan mengenai Aik Cheong," kata Rike menceritakan pengalaman awal beliau menjaja sampel bungkusan teh tarik segera.
Selain itu, Rike juga berkunjung ke pasar raya-pasar raya terkemuka di Jakarta seperti Food Hall, Ranch Market dan sebagainya yang menjadi destinasi pasaran teh jualannya.
Perlahan-lahan, usaha Rike giat mempromosi teh tarik jenama berkenaan menerusi syarikat Sarana Makmur Sejahtera (SMS) itu semakin diyakini banyak pihak dan tempahan mula diterima sehingga membuatkan beliau tidak menang tangan.
Selepas berjaya memperoleh status pengedar tunggal produk minuman segera Aik Cheong di Indonesia (selepas mengambil alih daripada syarikat lain), perniagaan Rike ini mula diperluaskan.
Yakin dengan potensi pasaran minuman itu, Rike yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada suaminya, Purnomo Utoyo mula membuat perancangan membesarkan perniagaan itu.
Peranan tiga orang anak pasangan itu tidak dipinggirkan apabila mereka dibawa bersama untuk memajukan jualan minuman jenama Malaysia ke negara yang didiami oleh lebih 234 juta penduduk itu.
"Kami sendiri sangat terkejut kerana dari semasa ke semasa permintaan terhadap teh tarik Aik Cheong semakin meningkat.
"Perkembangan ini dapat dilihat apabila pasar raya-pasar raya besar seperti Carefour sentiasa membuat permintaan kepada kami untuk memasarkan produk itu secara konsisten," kata pengarah SMS, M Randy Rahtomo yang juga anak sulung pasangan Purnomo dan Rike.
Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh keluarga, SMS pada masa ini hanya mampu membekalkan produk-produk Aik Cheong ke Jakarta, Sumatera dan Bali sahaja.
Untuk itu, kesemua produk minuman segera Aik Cheong seperti teh tarik, kopi-o, cappucino, kopi putih dan kopi campuran di mana SMS sebagai pengedar tunggal akan terus diperkenalkan kepada seluruh rakyat negara itu menerusi pendekatan pemasaran yang sudah siap diatur.
Pada masa sama, keluarga ini turut mengusahakan sebuah kafe, T & Co di pusat perniagaan Karawaci, Tangerang (kira-kira 45 minit jarak pemanduan dari Jakarta) yang menghidangkan makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan lain-lain lagi. - Utusan
Takaful Malaysia yakin prestasi
Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC
LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan
AEON sedang dibina di Kulaijaya
Malaysia sertai AEF di Astana
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM436.9 bilion pada 15 Mei
Harga saham ditutup rendah, FBM KLCI jatuh ke paras paling rendah
IHP naik 1.7 peratus pada April
Brightstar edar LG Optimus baharu
PCG sedia capex RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin capai sasaran naik 20 peratus penguasaan pasaran
Untung Boustead RM134 juta
LTH komited labur RM150 juta dalam dana pembiayaan pajakan
Malindo Air tawar 5 kg tambahan bagasi percuma
Excim Bank bantu syarikat tempatan teroka pasaran luar
Penurunan harga kereta wujudkan saingan sihat industri automotif
MDeC sasar perolehan RM3 biion daripada syarikat status MSC
Boeing 747-8 Intercontinental selesai ujian penerbangan pertama
Harga saham KLCI meningkat tertinggi pagi, susut tengah hari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









