ARKIB : 07/08/2012
Kemasukan dana asing
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia minggu lepas kekal menggalakkan dengan pelabur asing membeli saham Malaysia bernilai bersih sehingga RM308 juta untuk tempoh tujuh minggu berturut-turut.
Untuk tahun ini sehingga Jumaat lepas, aliran masuk bersih secara kumulatif dana-dana asing ke ekuiti Malaysia itu telah berjumlah RM9.5 bilion.
"Ia lebih tinggi berbanding hanya RM1.9 bilion yang dicatatkan dalam keseluruhan nilai tahun 2011," kata MIDF Research dalam 'Laporan Aliran Dana' hari ini.
Sejak Januari 2010, pembelian bersih kumulatif saham-saham tersenarai di Bursa oleh pelabur asing berjumlah sehingga RM26.6 bilion.
Sementara itu, peruncit tempatan terus menjadi penjual bersih untuk minggu ke-10 berturut-turut dengan jualan merosot kepada RM62 juta, jumlah paling rendah dalam tempoh tujuh minggu.
Laporan itu mendedahkan yang kadar penyertaan turut turun dengan ketara kepada RM747 juta.
Dalam pada itu, institusi terus mengambil keuntungan untuk minggu ketujuh dengan jualan bersih RM246 juta.
Kadar penyertaan purata harian institusi tempatan kekal pada RM1.67 bilion, katanya. - BERNAMA
Super Bull Run kembali?
Aktiviti M&A bank pelaburan dijangka rancak
Cardiff disenarai di Bursa Malaysia?
Saudi intai pasaran Asia Barat
Mapex sasar jualan hartanah RM900 juta
Skim pembiayaan peribadi khas untuk jururawat
Maybank untung RM1.51b
Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta
Keuntungan CMSB meningkat 10 peratus
TDM yakin perladangan, penjagaan kesihatan
Rumusan krisis global dicari
Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









