ARKIB : 06/08/2012
Peraturan baru bukan halangan
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Indonesia masih menjadi pilihan bank-bank tempatan untuk mengembangkan perniagaan walaupun pihak berkuasa negara itu mengumumkan peraturan baru mengenai pemilikan asing bagi institusi kewangan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Bhd., Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, pasaran Indonesia adalah sangat luas dan potensi untuk sesebuah institusi kewangan berkembang adalah sangat besar.
‘‘Walaupun baru-baru ini pihak Bank Indonesia memperkenalkan peraturan baru yang mengehadkan pemilikan asing terhadap institusi kewangan mereka, kami masih berminat untuk meneroka potensi negara tersebut.
‘‘Terdapat banyak cara untuk RHB Islamic pergi ke sana, tidak semestinya melalui pemilikan sesebuah institusi kewangan tempatan. Melalui Kumpulan RHB, kami mampu melebarkan sayap ke sana kerana peluang yang besar di sana," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Tambah Abd. Rani, perbankan Islam di negara itu juga masih belum diterokai sepenuhnya, oleh itu, ia memberi ruang kepada pihaknya dan institusi kewangan Islam lain untuk menembusi Indonesia.
Sebelum ini, Kumpulan RHB telah menunjukkan minat yang tinggi untuk memasuki Indonesia dengan cadangan pemilikan oleh RHB Capital Bhd. (RHB Cap) ke atas PT Bank Mestika Dharma (Bank Mestika) Indonesia pada harga RM1.16 bilion, namun ia belum dimuktamadkan.
Sementara itu, sebuah lagi institusi kewangan yang mempunyai perancangan ke Indonesia, Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) juga akan meneruskan hasratnya.
Menurut sumber, rancangan ke republik itu akan tetap diteruskan memandangkan ia tidak melibatkan pegangan melebihi 40 peratus.
‘‘Ia merupakan satu kerugian sekiranya Bank Islam tidak turut serta meneroka pasaran Indonesia. Perancangan yang dibuat tidak melebihi pemilikan 40 peratus.
‘‘Apa yang penting kehadiran Bank Islam di sana dan memberi manfaat kepada bank," jelasnya.
Baru-baru ini Bank Indonesia (BI) telah mengumumkan peraturan baru yang mengehadkan pemilikan asing dalam institusi kewangan negara itu kepada 40 peratus berbanding 99 peratus pegangan oleh bank tempatan dan asing sebelum ini.
Namun BI masih memberi pengecualian kepada institusi kewangan asing untuk mempunyai pagangan melebihi 40 peratus tetapi berdasarkan kriteria tertentu dan dengan kelulusan pihaknya.
Antara bank Malaysia yang mempunyai kepentingan besar dalam institusi kewangan di Indonesia ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan Kumpulan CIMB.
Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta
Keuntungan CMSB meningkat 10 peratus
TDM yakin perladangan, penjagaan kesihatan
Rumusan krisis global dicari
Untung pracukai Petronas Dagangan susut kepada RM326.97 juta
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Malaysia kekal rakan dagang utama China di ASEAN
PCG peruntuk RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin prestasi
Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC
LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan
AEON sedang dibina di Kulaijaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









