VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 03/08/2012

Pemilikan Batavia Air sah

SALAH sebuah pesawat Batavia Air mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

JAKARTA 2 Ogos - Kerajaan Indonesia tidak perlu meragui atau mempersoal pemilikan ekuiti syarikat asing dalam syarikat penerbangan, Batavia Air kerana proses pembelian itu dilakukan mengikut peraturan sedia ada.

Syarikat PT Fersindo Nusaperkasa yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Indonesia AirAsia (IAA) menegaskan, proses pembelian Batavia Air akan menepati segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Saya sudah 35 tahun berkhidmat dalam industri penerbangan. Seluruh kumpulan kerja saya sedia maklum dengan jelas segala peraturan dan tahu bagaimana untuk mengendalikan perniagaan di sini (Indonesia).

“Saya beri jaminan bahawa kami akan mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa Indonesia," kata Pengarah Presiden Fersindo, Dharmadi seperti yang dilaporkan akhbar Jakarta Post hari ini.

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Indonesia, syarikat asing hanya dibenarkan menguasai 49 peratus kepentingan dalam industri penerbangan negara itu.

Kepentingan majoriti harus dimiliki oleh syarikat tempatan.

Pada hujung minggu lalu, Ketua Pengarah Pengangkutan Udara (Kementerian Pengangkutan), Herry Bhakti Gumay berkata, kerajaan Indonesia berkemungkinan akan membatalkan pengambilalihan syarikat penerbangan Batavia Air oleh syarikat penerbangan tambah murah Malaysia, AirAsia Bhd. (AirAsia) dengan rakan perniagaannya di Indonesia.

Keputusan itu dibuat seandainya transaksi tersebut melanggar batasan pemilikan ke atas syarikat asing dalam industri penerbangan.

AirAsia dan Fersindo yang memiliki 51 peratus kepentingan dalam IAA sebelum ini mengumumkan pembelian Batavia Air daripada Metro Batavia dalam satu urus niaga tunai bernilai AS$80 juta (RM253 juta).

“Fersindo merupakan syarikat pelaburan tempatan yang sah. Kami akan kecewa seandainya masyarakat meragui status domestik kami," tegas Dharmadi lagi.

Dharmadi juga berkata, baru-baru ini beliau telah menjelaskan kepada Herry Bhakti Gumay mengenai situasi pemilikan Batavia Air yang akan menyamai dengan pemilikan IAA, yang 51 peratus kepentingan adalah milik syarikat Indonesia dan selebihnya oleh syarikat asing.

“Kami tidak memiliki ratusan pesawat seperti Lion Air atau Garuda Indonesia," katanya.

Menurut laporan Kementerian Pengangkutan Indonesia, jumlah pengembara udara yang direkodkan di negara itu pada tahun lalu ialah sebanyak 68.19 juta orang.

Daripada jumlah tersebut, 60.04 juta terdiri daripada penumpang domestik, sementara baki sebanyak 8.15 juta pula terdiri daripada penumpang antarabangsa.

IAA muncul sebagai pemain utama dalam sektor penerbangan antarabangsa di Indonesia pada 2011 dengan jumlah penumpang yang direkodkan ialah seramai 3.38 juta orang, penguasaan 41.58 peratus pasaran antarabangsa.

Untuk penerbangan domestik pula, IAA hanya mencatat jumlah penumpang sebanyak 181,200 iaitu sebanyak tiga peratus daripada pasaran domestik Indonesia.

Rekod kementerian berkenaan juga mencatatkan Batavia Air telah menerbangkan hampir tujuh juta penumpang tahun lalu iaitu 6.75 juta penumpang domestik dan 292,280 pula terdiri daripada penumpang antarabangsa. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.