VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 31/07/2012

TRX pusat pertemuan pelabur

Najib Tun Razak berkata sesuatu kepada Raja Nong Chik Zainal Abidin, Nor Mohamed Yakcop dan Donald Lim Siang Chai (kanan) semasa melihat replika model Tun Razak Exchange selepas majlis pelancaran kawasan itu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tun Razak Exchange (TRX) dijangka menjadi pusat pertemuan pelabur barat dan timur, kata Pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Beliau berkata, hanya melalui pertemuan itu akan meningkatkan kedua-dua sistem kewangan iaitu konvensional dan Islam.

Jelasnya, pihaknya mahu melihat bakat-bakat Malaysia maju dan menerajui pusat kewangan tersebut di samping warga negara dunia yang lain.

"Kami mahu ia bukan sekadar kejayaan sebuah pusat perniagaan, tetapi menjadi 'oasis' di mana idea berkembang, pertukaran ilmu dan pemangkin inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran dan pecah tanah projek pembangunan Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Sharol Halmi dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

TRX yang dahulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dibina di dalam kawasan ibu kota dan di dalam taman yang akan memanfaatkan reka bentuk dan teknologi terkini.

Tambah Lodin Wok, pihaknya berharap hanya bakat yang terbaik dapat berkumpul dan bertemu di TRX bagi menjana minda dan idea selain membangunkan cara baru untuk berfikir dan memperkayakan lagi ibu kota.

Jelasnya, TRX akan digabungkan dengan budaya dan tradisi bagi mencipta model kehidupan pada masa akan datang.

"Ia menjadi aspirasi kepada 1MDB untuk memastikan TRX sebagai salah satu tarikan terbaik dunia," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.