ARKIB : 28/07/2012
Kini masa sesuai untuk adakan pilihan raya
KUALA LUMPUR 27 Julai - Tahap ekonomi semasa Malaysia kini berada pada kedudukan yang cukup sesuai bagi kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Justeru, penganalisis pasaran berpendapat pilihan raya umum wajar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana khuatir ketidaktentuan ekonomi Eropah dan pergolakan di Asia Barat akan menjejaskan kestabilan ekonomi.
Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, kedudukan ekonomi memang menjadi antara faktor penting yang diambil kira dalam menentukan pilihan raya.
Menurutnya, mengambil kira faktor itu, Malaysia memang dalam keadaan terbaik untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini berbanding tahun depan.
Jelas Kim Leng, ketidaktentuan ekonomi Eropah dan masalah kemelesetan Amerika Syarikat dikhuatiri akan menjejaskan fundamental di rantau ini dan memberi risiko kepada Malaysia.
"Kita khuatir lagi lama masa diambil untuk mengadakan pilihan raya, banyak kekangan dalam aspek ekonomi akan timbul.
"Kalau ia benar-benar berlaku, maka kerajaan akan berhadapan dengan isu ekonomi pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Pengarah Institut Pengajian Strategik Antarabangsa, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin turut berpendapat kerajaan sewajarnya tidak menunggu sehingga tahun depan untuk mengadakan pilihan raya.
Beliau berkata, persekitaran ekonomi yang mapan dan pasaran stabil di Malaysia wajar dijadikan sandaran.
"Ketika kebanyakan negara mengalami kemelesetan dan ketidaktentuan dalam ekonomi, Malaysia masih stabil hasil transformasi besar-besaran Perdana Menteri.
"Hasilnya ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan baik dan kestabilan ini merupakan tarikan kepada pelaburan asing.
"Bagaimanapun, kemasukan pelaburan baru mungkin terjejas kerana bagi pihak mereka pula mahu melihat keputusan pilihan raya, memandangkan tempoh berakhir semakin hampir," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwa Ahmad Tajuddin pula berpendapat, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat berbanding ditangguhkan kepada tahun depan.
Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.
Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.
Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.
"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.
"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.
"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya.
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Turki tawar peluang dalam pasaran modal
Pertumbuhan ekonomi suku pertama 4.1 peratus - Zeti
Rekod Bursa 2 hari berturut-turut
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









