ARKIB : 25/07/2012
Peluang tembusi AS, Caribbean
KUALA LUMPUR 24 Julai - Malaysia kini memiliki peluang baru dan penerokaan pasaran lebih besar untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan rantau Caribbean.
Peluang-peluang baru tersebut adalah dalam bidang seni perhiasan, kosmetik, peralatan perubatan, barangan elektrik dan elektronik serta pakaian.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan di sini berkata, Republik Dominica yang terletak di rantau Caribbean turut menyediakan 48 zon bebas untuk pengilang menjalankan aktiviti perniagaan di kepulauan itu.
Zon bebas itu setakat ini telah menarik lebih 555 buah syarikat dengan jualan eksport berjumlah lebih AS$54 bilion (RM162 bilion) setahun.
Jelas Matrade, nilai jualan eksport di zon bebas tersebut disumbangkan melalui produk perubatan dan produk-produk farmaseutikal, pakaian, barangan elektrik dan elektronik, perhiasan, tembakau dan kasut.
"Syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan di zon tersebut adalah syarikat yang berasal dari AS, Republic Dominica, Belanda, Puerto Rico, Kanada, Korea Selatan dan Sepanyol," kata Matrade.
Menurut Pesuruhjaya Dagangan Matrade di Miami, AS, Jonathan Andrew Rao James, kebanyakan syarikat di zon bebas tersebut telah mengeluarkan produk masing-masing untuk pasaran AS.
Katanya, ia sebagai mengambil peluang dan manfaat daripada Perjanjian Perdagangan Bebas AS-Republik Dominica-Caribbean.
"Zon bebas cukai ini menyediakan platform pengilangan untuk syarikat-syarikat Malaysia mengeksport barangan ke pasaran AS dan Caribbean, selain dapat beroperasi di zon-zon perindustrian yang disediakan," ujarnya.
Selain zon bebas, Republik Dominica turut menawarkan peluang perniagaan yang besar di rantau Caribbean.
Rantau itu memerlukan pembekal sistem penghawa dingin, pinggan mangkuk, perkakasan dobi dan dapur perindustrian, perabot, peralatan tandas, lampu LED dan bahan binaan bangunan.
Bagi aplikasi kediaman dan komersial, pemanas air solar turut mempunyai potensi sebagaimana 15,000 pemanas air telah pun digunakan di rantau itu.
Eksport Malaysia ke Republik Dominica pada tahun lalu berjumlah AS$25.1 juta (RM75.3 juta), menyusut sebanyak 72.6 peratus berbanding tahun 2010.
Penyusutan sementara itu hasil daripada gangguan aktiviti logistik berikutan bencana alam di Haiti pada tahun lalu.
bioekonomi: Malaysia komited
MIDA agih RM139 juta
Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi
FTA Malaysia-Australia tingkat dagangan dua hala
Harga saham ditutup kukuh
Niaga hadapan KLIBOR tak berubah
Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Tiada konflik pengambilalihan Yinson - Mokhzani
Harga getah ditutup rendah
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan menurun
Astro jangka perolehan lebih tinggi
AEON untung RM56.033 juta hingga 20 Mei
Suruhanjaya Sekuriti tuan rumah pamern persaraan swasta
Koperasi Telekom buka cawangan Ar-Rahnu di Bangsar
Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah
Harga timah ditutup rendah
Harga saham naik tengah hari
Niaga hadapan KLIBOR tidak berubah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










