ARKIB : 25/07/2012
Brahim's Food ke Jepun
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kumpulan Brahim's Food, pengeluar makanan sedia dimakan yang berjaya, melebarkan sayapnya ke Jepun dengan penubuhan Brahim's Food Japan Co. Ltd.
Brahim's Food Japan Co. Ltd., akan menjadi cawangan Jepun bagi Brahim's Dewina Group of Companies untuk memudahkan pengedaran produk Brahim's di Jepun.
Pada majlis pelancaran syarikat itu di Tokyo baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Brahim's Dewina Group, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi berkata, sebagai permulaan 18 produk akan ditawarkan untuk pasaran Jepun.
Produk itu termasuk Sos Nyonya Malaysia Brahim's, Sos Tomato Pedas Brahim's, Kari Ayam dengan Kentang Brahim's.
"Makanan berasaskan sos dan produk sedia untuk dimakan kami tepat untuk kehidupan masa kini yang pantas dan memerlukan kepuasan segera. Persekitaran juga sesuai bagi kami memperluaskan jangkauan dan Jepun adalah pilihan tepat," kata Ibrahim kepada Bernama.
Brahim's Food Japan merancang untuk membawa masuk keseluruhan produk Brahim's ke Jepun selepas produk-produk mereka mendapat kelulusan kastam dan pemeriksaan kesihatan Jepun.
"Sambutan awal sangat positif daripada pemborong dan peruncit besar dan kecil," katanya.
Brahim's Food Japan telah ditubuhkan dengan kerjasama rakan kongsi tempatan, Steven Tan dari I.M. Jihan dan Hisazumi Masamichi dari MKS Marketing Sebastian.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Jepun, Kua Kiat Chye, Pengarah Tourism Malaysia Tokyo, Noor Azlan Abu Bakar dan Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan Malaysia di Tokyo, Mohammad Sanusi Abdul Karim.
Tetamu jemputan termasuk pegawai dari syarikat-syarikat Jepun, pegawai kanan dari Royal Host, Lawsons, Cosmo dan beberapa bank.
Kumpulan Brahim's Food menyediakan makanan dalam penerbangan Malaysia Airlines dan 35 syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA. - BERNAMA
Harga saham ditutup rendah, FBM KLCI jatuh ke paras paling rendah
IHP naik 1.7 peratus pada April
Brightstar edar LG Optimus baharu
PCG sedia capex RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin capai sasaran naik 20 peratus penguasaan pasaran
Untung Boustead RM134 juta
LTH komited labur RM150 juta dalam dana pembiayaan pajakan
Malindo Air tawar 5 kg tambahan bagasi percuma
Excim Bank bantu syarikat tempatan teroka pasaran luar
Penurunan harga kereta wujudkan saingan sihat industri automotif
MDeC sasar perolehan RM3 biion daripada syarikat status MSC
Boeing 747-8 Intercontinental selesai ujian penerbangan pertama
Harga saham KLCI meningkat tertinggi pagi, susut tengah hari
Kontrak hadapan KLCI didagang tinggi tengah hari
Pelaburan KWSP RM3.91b
Pertumbuhan MSC masih berterusan
Delegasi Malaysia ke AS jana projek RM5.5b
Asian Pac bangun projek RM380j di Kepong
AmInvest yakin produk Flexi 3
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









