VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 09/06/2012

Harga minyak sawit dijangka terendah 20 bulan

KUALA LUMPUR 8 Jun - Harga minyak sawit mentah dijangka mengalami penurunan sebanyak sembilan peratus kepada paras terendah dalam tempoh 20 bulan ekoran kelembapan di China dan Eropah yang mengekang permintaan.

Pengarah di Godrej International Ltd., Dorab Mistry berkata, kontrak hadapan bakal menjunam serendah RM2,700 berbanding RM2,968 setan metrik ekoran tiadanya rangsangan baru Amerika Syarikat (AS) untuk menghidupkan kembali pertumbuhan menolak unjuran asal harga komoditi tersebut bakal mencecah RM4,000 setan metrik.

''Kontrak paling aktif kali terakhir didagangkan di bawah RM2,700 setan metrik adalah pada Oktober 2010, bagaimanapun kontrak hadapan mungkin akan naik semula kepada RM3,300 setan metrik disebabkan penurunan akan merangsang permintaan,'' katanya pada persidangan di Mumbai.

Tambah beliau, harga telah menjunam sebanyak 18 peratus sejak melonjak ke paras 13 bulan tertinggi April lalu disebabkan oleh pertumbuhan perlahan di China yang merupakan pengguna minyak masak terbesar dan krisis hutang semakin buruk di Eropah.

''Kejatuhan harga akan mengurangkan kos kepada syarikat-syarikat seperti Nestle SA (Nestle), syarikat makanan terbesar dunia dan juga akan mengurangkan keuntungan kepada pengeluar seperti Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Wilmar International Ltd. (Wilmar).

''Senario terhadap komoditi telah menyuramkan dunia secara keseluruhannya,'' katanya.

Mistry berkata, pemangkin utama harga minyak sawit adalah kejatuhan harga minyak mentah dunia, logiknya permintaan bio diesel merupakan faktor ayunan apabila harga minyak mentah jatuh, bio diesel akan menjadi tidak kompetitif.

Pengeluaran minyak sawit di Malaysia mungkin akan jatuh sebanyak 900,000 tan dari Januari ke Julai berbanding setahun lalu, kata Mistry.

Kenaikan semula tidak akan berlaku sebelum Ogos, katanya.

''Penurunan pada pertumbuhan bermusim adalah menghairankan dan kadang-kala tidak dapat dilihat dalam beberapa tahun.

''Dalam tempoh lima bulan pertama 2012, kita mempunyai defisit kumulatif sebanyak hampir 500,000 tan,'' jelasnya.

Pengeluaran mungkin naik semula pada separuh kedua, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Choo Yuen May.

Pengeluaran akan mencecah 19 juta tan pada tahun ini ekoran waktu menuai pada bulan hadapan, katanya.

Negara telah merekodkan pengeluaran 18.9 juta tan pada 2011, kata MPOB. - Bloomberg.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.