VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/03/2014

Selawat Perdana sasar 500,000 penyertaan

Shahrul Nasrun Kamarudin (kanan) pada sidang akhbar mempromosikan program Selawat Perdana Malam Cinta Allah Dan Rasul di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Mac - Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Jumaat ini menyasarkan lebih 500,000 penyertaan.

Program di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya itu bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menampilkan barisan artis tempatan antaranya Mawi, Nabil, Bienda, Tasha Shila dan Fizz Fairuz.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, selain aktiviti berselawat, solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 juga akan diadakan.

"Majlis bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan ini bertujuan mengajak orang ramai berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

"Acara ini membuktikan ahli-ahli sekretariat yang dianggotai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, belia dan barisan anak muda mampu menganjurkan majlis keagamaan seumpama ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, pihaknya akan menyediakan pengangkutan awam dengan kadar tambang berpatutan ke stesen komuter paling hampir iaitu Stesen Serdang.

"Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan komuter ke Serdang boleh menaiki bas ulang-alik ke Putrajaya yang disediakan pihak penganjur secara percuma setiap lapan minit bermula pukul 5 petang sehingga 11.30 malam.

"Kami juga melanjutkan tempoh perkhidmatan komuter sehingga pukul 12 tengah malam untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada para pengunjung," katanya.

Bacaan selawat dalam majlis itu akan dipimpin oleh tokoh agama nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Orang ramai digalakkan berpakaian serba putih dan sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2233757 atau menerusi laman Twitter, @selawatperdana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.