VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/03/2014

Enam maut, tiga kritikal

Keluarga mangsa sebak ketika tiba di luar Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Mac - Enam maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Keenam-enam mangsa itu ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.

Tiga lagi pengunjung yang kritikal dan kini dirawat di hospital ialah Mohd. Hazwan Husin, 19, dan dua lagi warga Singapura iaitu Wilopo Aileen, 20-an, dan Lim Shu Wei, 20-an.

Berikutan itu, polis membatalkan konsert hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, seorang mangsa maut di lokasi konsert berlangsung manakala yang lain maut ketika perjalanan dan semasa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kata beliau, di PPUKM, seorang mangsa maut ketika perjalanan ke pusat perubatan itu manakala tiga lagi ketika mendapatkan rawatan di PPUM, antara tempoh awal pagi ini sehingga petang ini.

"Kesemua yang maut adalah akibat pengambilan dadah berlebihan jenis methamphetamine ketika menghadiri konsert yang berlangsung sejak kelmarin.

"Dadah itu merupakan jenis sintetik yang direka untuk tujuan berhibur. Hasil bedah siasat, punca kematian akibat peningkatan suhu badan secara mendadak.

"Polis percaya mereka memperoleh dadah itu daripada 'pihak luar' dan mengambilnya ketika konsert semata-mata untuk kepuasan ketika berhibur," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Ditanya bagaimana kesemua mangsa mendapat bekalan dadah berkenaan, Mohmad tidak menolak kemungkinan dadah dipercayai jenis pil itu diperoleh di kelab malam, khususnya di sekitar Lembah Klang.

"Dadah sebegini dikesan diguna meluas di kelab malam untuk berhibur dan boleh dibeli pada harga RM60 hingga RM100 sebiji," katanya.

Mohmad memberitahu, berikutan kejadian itu, polis menahan seramai 19 pengunjung konsert berkenaan yang positif pelbagai jenis dadah.

"Hari pertama konsert, kita menahan tiga pengunjung warga asing yang memiliki ekstasi dan semalam kita memberkas lima rakyat tempatan serta 12 warga asing yang memiliki pelbagai jenis dadah termasuk ganja," katanya.

Beliau memberitahu, konsert itu membariskan pelbagai artis terkemuka dari dalam dan luar negara seperti Pharell Williams, Macklemore and Ryan Lewis, Sheila Majid dan Yuna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.