VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/01/2014

Cipta pendapatan lumayan

MOHD. Shafie Apdal (tiga dari kiri) melancarkan Koperasi Luar Bandar sambil disaksikan oleh Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi (dua dari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad (empat dari kiri) dan kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Nursiah Arshad (kiri) serta Ahmad Zubir Abd. Ghani (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan 2014 sebagai tahun membangunkan taraf kehidupan usahawan dan pelajar bumiputera ke tahap jauh lebih baik menerusi Pusat Perniagaan dan Pendidikan atau edubizpark.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, edubizpark berkonsepkan sebuah pusat yang mempunyai institusi pendidikan seperti Mara dengan di sekelilingnya dipenuhi kedai-kedai runcit yang dikendalikan oleh usahawan dan pelajar bumiputera.

Menurutnya, objektif program yang mempunyai hubungan dengan sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS), Babson College itu bertujuan mengubah landskap sosioekonomi dan pemikiran bumiputera daripada hanya bercita-cita menjadi pekerja kepada pencipta peluang pekerjaan atau usahawan yang mencipta pendapatan lumayan.

"Edubizpark akan ditempatkan di tiga lokasi iaitu Subang, Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil serta Senawang dan kita jangkakan program itu berpotensi dikembangkan ke institusi pendidikan lain yang mempunyai tapak dan keluasan tanah untuk perniagaan runcit.

"Kita bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan pendidikan tetapi turut mendedahkan mereka dengan pengalaman keusahawanan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun 2014 kepada kakitangan kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, sebanyak RM50 juta ditawarkan kepada pelajar institusi pendidikan Mara seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German Malaysian Institute (GMI), GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM) untuk memulakan perniagaan di bawah program Putra yang dahulu dikenali sebagai UK Dinamik.

Katanya, menerusi peruntukan itu setiap pelajar boleh memohon pinjaman maksimum RM10,000 tanpa faedah dan tanpa penjamin.

Mohd. Shafie berkata, satu lagi program baharu kementerian ialah menubuhkan Koperasi Luar Bandar (Koop Luar Bandar) khusus untuk warga kementerian tersebut yang masih berkhidmat dan tamat perkhidmatan.

Menurut beliau, koperasi itu yang hanya mengenakan yuran serendah RM30 akan dijalankan secara pembiayaan kredit dan berfungsi untuk aktiviti-aktiviti jimat cermat dan pinjaman, ternakan madu kelulut dan pusat peruncitan bagi produk luar bandar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.