VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/01/2014

Harga sayur naik 50 peratus

KUCHING 6 Jan. - Harga beberapa jenis sayur di Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini mengalami kenaikan mendadak melebihi 50 peratus.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Su'udi Arof berkata, sawi hijau misalnya mengalami kenaikan RM8 apabila harganya melambung kepada RM15 sekilogram berbanding RM7 pada minggu lalu.

Beliau berkata, harga sayur kailan turut meningkat sebanyak RM7 apabila para peniaga di pusat niaga itu meletakkan harga RM15 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini.

"Antara sayur lain yang naik harga ialah bayam dan terung peparu meningkat sebanyak RM2.50, kangkung (RM2), kacang panjang (RM2), kacang buncis (RM1.50), petola (RM1), kacang bendi (RM1) dan peria (RM1).

"Walau bagaimanapun, bawang merah kecil import mengalami penurunan harga sebanyak 50 sen manakala beberapa barangan seperti ayam, telur dan buah-buahan kekal pada harga yang sama sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Su'udi berkata, Unit Perisik Pasaran FAMA menjalankan pemantauan harga setiap hari bagi mendapatkan harga purata sebelum diguna pakai oleh kesemua peniaga di Medan Niaga Satok.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kenaikan harga beberapa jenis barangan dan sentiasa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal harga tersebut.

Jelasnya, kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan adalah disebabkan faktor permintaan pengguna, bekalan semasa dan keadaan cuaca.

"Kebanyakan sayur-sayuran yang dijual di sini, diperoleh daripada pembekal di Jalan Kuching-Serian, Beratok, Siburan dan Batu Gong iaitu kawasan yang turut terlibat dalam banjir," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.