VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/11/2013

Negara maju jika rakyat saling menghormati

PAGOH 27 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara maju jika rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum saling tidak menghormati antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, jika keadaan negara tidak stabil, harmoni, aman dan tenteram serta rakyat bergaduh sesama sendiri seperti yang dialami beberapa negara, maka kerajaan tidak akan dapat membawa kemajuan dan pembangunan.

"Jika rakyat asyik bergaduh, tidak ada keharmonian, tidak tenteram, tidak aman serta tiada perpaduan dan sikap saling menghormati, sukar untuk kemajuan dan pembangunan dilaksanakan.

"Namun, rakyat negara kita amat bertuah kerana walaupun pelbagai kaum dan mengamalkan adat resam dan budaya serta agama yang berbeza, kita saling hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat menghormati.

''Inilah sesuatu yang istimewa dan satu nikmat bagi Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Deepavali Parlimen Pagoh di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ikatan hubungan kaum yang utuh sejak sekian lama juga menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam aspek perpaduan kaum.

"Inilah cara kita di Malaysia, adat resam dan budaya serta perayaan dirayakan bersama-sama, semua kaum hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara satu lain sehingga meletakkan Malaysia negara contoh atas perpaduan kaum. Ini adalah sesuatu yang dibanggakan," katanya.

Menurutnya, keharmonian dan perpaduan yang dikecapi turut membawa banyak kemajuan dan pembangunan kepada negara termasuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat malah diiktiraf sebagai yang paling berjaya dalam kalangan negara membangun hasil pelbagai proses transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.