VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/10/2013

Elaun Setiausaha JKKK RM300 mulai awal 2014

JERAI 31 Okt. - Kerajaan bersetuju menaikkan elaun bulanan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh negara kepada RM300 berkuat kuasa awal tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kenaikan sebanyak RM100 itu terkandung dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Katanya, kenaikan elaun itu melibatkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM18.63 juta setahun membabitkan seramai 15,525 setiausaha institusi berkenaan di seluruh negara.

''Ini merupakan satu usaha yang sedikit sebanyak meringankan bebanan petugas setiausaha JKKK di seluruh negara,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaian bantuan Felcra Berhad bagi program membaik pulih rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) Simpang Tiga di sini hari ini.

Bantuan baik pulih itu melibatkan 20 buah rumah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan peruntukan sebanyak RM100,000.

Menurut Mohd. Shafie, persetujuan menaikkan kadar elaun tersebut menandakan komitmen kerajaan melonjakkan institusi itu yang memainkan peranan penting dalam melicinkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada penduduk luar bandar.

Sebelum ini, kata beliau, kerajaan menaikkan elaun bulanan Pengerusi JKKK kepada RM800. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.