VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/10/2013

POKB tubuh tabung bantu pesakit kanser HRPZ II

Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad (empat dari kanan) sambil disaksikan Mohd. Fatmi Che Salleh (dua dari kiri) menyerahkan lembu kepada Ghazali Hasni Md. Hassan (tiga dari kanan) di Dewan Serbaguna Kuarters HRPZ 11, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 17 Okt. - Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) telah menubuhkan Tabung Kasih Kanser Orang Kota Bharu (OKB), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mengutip dana bagi membantu pesakit kanser di negeri ini yang mendapatkan rawatan di hospital itu.

Presiden POKB, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, langkah proaktif itu diambil bagi membantu pesakit mendapatkan dana menampung kos rawatan mereka yang rata-ratanya mencecah puluhan ribu ringgit terutamanya melibatkan pesakit dari luar bandar.

Beliau berkata, penubuhan tabung berkenaan telah mendapat sokongan penuh dan kerjasama erat daripada setiap ahli POKB yang rata-ratanya terdiri daripada ahli korporat dan mereka menjadi penyumbang terbesar dalam mengisi dana tabung berkenaan.

Selain itu, pihaknya juga akan mengerakkan tabung berkenaan di seluruh negeri ini bagi mendapatkan sumbangan daripada orang ramai, sekali gus mampu membantu pesakit kanser ini yang sememangnya memerlukan bantuan.

"Kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mengutip sumbangan ini melalui masjid-masjid di seluruh negeri ini. Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan pasar raya Mydin di seluruh negara untuk meletakkan tabung sumbangan berkenaan di premis berkenaan.

"Penubuhan tabung tersebut dilihat mampu memberi harapan baharu kepada pesakit kanser terutama yang berdaftar dengan HRPZ II," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan dua ekor lembu melalui program Titipan Kasih OKB kepada HRPZ II di Dewan Serbaguna Kuarters HRPZ 11 di sini hari ini.

Yang turut hadir Penasihat POKB, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh; Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan dan Pengarah Syarikat XORIX Sdn. Bhd., Azmy A. Hamid.

Selain itu, POKB dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Syarikat XORIX Sdn. Bhd. telah menyumbangkan majalah, buku serta 30 troli untuk perpustakaan mini yang akan ditubuhkan HRPZ II di setiap wad hospital berkenaan.

Sumbangan yang diberikan itu bertujuan memberi peluang kepada para pesakit di hospital berkenaan menambah ilmu pengetahuan melalui pelbagai majalah dan buku yang diberikan itu.

Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki turut menyeru orang ramai supaya tampil membantu mengisi tabung tersebut selepas digerakkan kelak.

"Masyarakat perlu membantu pesakit kanser kerana bukan sahaja memerlukan bantuan wang ringgit, malah golongan ini mahu kita meluangkan masa bersama mereka," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.