VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/10/2013

Kes keracunan makanan kenduri tiada unsur khianat

SUNGAI PETAIN 1 Okt. - Kejadian keracunan makanan ketika kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lalu sehingga mengorbankan tiga nyawa dipercayai tiada kaitan dengan unsur khianat.

Ahli Parlimen Merbok, Prof. Dr. Ismail Daut bagaimanapun berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud. Namun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,'' katanya ketika melawat 114 mangsa lain yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Ismail berkata, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.

Sementara itu, kata beliau, sekurang-kurangnya 180 tetamu rumah kenduri kahwin tersebut menerima rawatan di tiga hospital berdekatan setakat ini, termasuk 114 di HSAH.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.

"Buat masa ini, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang dari HSAH. Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas sementara kanak-kanak seramai 14 orang,'' katanya.

Dalam pada itu, seramai sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dengan lapan daripadanya masih ditahan di wad.

Jurucakap Hospital Yan pula berkata, seramai 49 orang mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital tersebut dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.