VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 30/09/2013

Rumah mampu milik Felda di KL

Mohd. Isa Abdul Samad menyampaikan sumbangan Yayasan Kasih Felda kepada salah seorang penerima dalam program Jelajah Komuniti 2013 di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR 29 Sept. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merancang untuk membangunkan tanah seluas 8.09 hektar milik agensi itu di Jalan Semarak termasuk membina sekurang-kurangnya 3,000 unit rumah mampu milik untuk dimiliki oleh generasi kedua Felda dan orang Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sebanyak 1,500 unit rumah itu akan dikhususkan kepada anak-anak generasi baharu Felda di Kuala Lumpur manakala sebahagian lagi akan diperuntukkan kepada orang Melayu yang bermastautin di kawasan Lembah Klang.

Menurut beliau, projek melibatkan pembinaan 3,000 unit rumah dan pusat perniagaan komersial itu akan dibangunkan di lokasi yang sebelum ini menempatkan operasi ibu pejabat Felda di Jalan Semarak dan kini berpindah ke Menara Felda di Jalan Stonor, Kuala Lumpur.

"Sebahagian operasi ibu pejabat Felda di Jalan Semarak telah pun berpindah secara berperingkat-peringkat dan kita sudah buat beberapa cadangan untuk membangunkan sebahagian kawasan yang difikirkan tidak diguna lagi itu untuk bina rumah mampu milik bagi membolehkan anak-anak peneroka Felda dan orang Melayu tinggal di bandar raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup program Jelajah Komuniti 2013 anjuran Felda dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi, di sini hari ini.

Hadir sama ialah isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Datuk Razali Shahabudin; Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Abd. Ghani Mohd. Ali; Setiausaha MAIS, Datuk Mohd. Misri Idris dan Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar.

Mengulas lanjut, Mohd. Isa berkata, projek yang mendapat 'restu' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dibangunkan mengikut konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) selewat-lewatnya awal tahun depan.

Ditanya sama ada rumah mampu milik itu akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dan hanya untuk orang Melayu, beliau berkata; "Bergantung pada tanahlah. Setakat ini, kita hanya beri tumpuan projek rumah itu di tanah milik Felda sahaja, tetapi kita boleh pertimbangkan. Bukan sahaja mereka yang berkahwin dengan orang Felda, jadi menantu orang Felda pun layak memohon. Selain itu, anak-anak peneroka Felda bukan Melayu pun layak memiliki rumah ini.

Katanya, projek perumahan dikendalikan Felda Investment Corporation (FIC) itu juga sebagai tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi membolehkan lebih ramai orang Melayu memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar raya.

Sementara itu, Mohd. Isa menasihati warga Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan kumpulan 'serpihan' dalam kalangan mereka yang berpihak kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan serta menggagalkan pembangunan Felda.

Mengenai penularan Syiah di kawasan Felda pula, beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau pergerakan itu dengan kerjasama Jakim serta MAIS dan buat masa ini pengaruh fahaman itu di kawasan Felda masih belum dapat dikesan.

"Kita sentiasa pantau kerana Felda merupakan perkampungan berkelompok dan dikhuatiri penularan Syiah boleh merebak dengan cepat jika tidak dikawal. Program seumpama yang diadakan dengan kerjasama Jakim dan MAIS diyakini dapat memberi penerangan tentang bahaya fahaman Syiah dalam kalangan warga Felda," katanya.

Terdahulu, Mohd. Isa menyampaikan sumbangan Yayasan Felda kepada enam penerima Skim Bantuan Kasih Felda dan Gema Bakti.

Skim Bantuan Kasih Felda merupakan sumbangan untuk membaiki rumah berjumlah RM5,000 manakala Gema Bakti pula membekalkan set pembesar suara mudah alih untuk kegunaan komuniti Felda di kawasan masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.