VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/09/2013

Pukat tunda bermata keroncong 38mm dikuat kuasa November

Mohd. Suffian Sulaiman (kiri) menunjukkan contoh pukat tunda bermata keroncong 38 milimeter yang akan digunakan mulai November ini di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 23 Sept. - Jabatan Perikanan akan menguatkuasakan pelaksanaan peraturan pengunaan pukat tunda dengan saiz mata keroncong 38 milimeter (mm) bermula November ini bagi melindungi sumber perikanan di kawasan perairan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat bagi tempoh jangka masa panjang.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Suffian Sulaiman berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan bagi melindungi ikan kecil yang ditangkap bersama ikan komersial lain dengan penggunaan pukat tunda saiz mata keroncong 22 mm hingga 25 mm.

Menurut beliau, pelaksanaan peraturan itu bagi mengurangkan tekanan terhadap sumber perikanan di kawasan perairan tersebut pada masa depan, bukannya bertujuan menekan golongan nelayan.

"Keengganan nelayan menggunakan pukat tunda dengan mata keroncong saiz tersebut disebabkan mereka beranggapan hasil tangkapan mereka akan terjejas teruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Suffian berkata, berdasarkan kajian yang dilaksana di kawasan perairan Sekinchan, Selangor dan Pantai Remis Sungai Tiang, Perak, penggunaan mata keroncong saiz tersebut tidak mengurangkan tangkapan ikan kategori komersial.

Katanya, nilai tangkapan komersial penangkapan ikan menggunakan pukat tunda dengan mata keroncong saiz 25 mm dan saiz 38 mm juga tidak banyak berbeza sebaliknya hanya menyebabkan peratusan tangkapan ikan kecil atau juvenil lebih rendah.

Menurut beliau, pihaknya sudah memberi masa kepada nelayan terbabit sejak awal tahun ini menukar pukat tunda mereka kepada saiz yang ditetapkan atau berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Jika sabit kesalahan, tambahnya, boleh dikenakan kompaun antara RM500 hingga RM3,000.

"Saya difahamkan, kos menaik taraf mata keroncong pukat tunda dari saiz 22 mm hingga 25 mm kepada 38 mm antara RM400 hingga RM2,000 dan jumlah ini tidaklah terlalu membebankan golongan nelayan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.