VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/08/2013

Empat program Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premier

Mohlis Jaafar (tengah) bersama wakil pelbagai agensi pelancongan dan hotel dalam pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 25 Ogos - Bagi memastikan politeknik di negara ini kekal relevan dan kompetitif, empat program pengajian peringkat ijazah sarjana muda akan dilaksana di tiga politeknik premier bermula pengambilan September ini.

Program tersebut ialah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti, Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, dua program akan dilaksana di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan baki dua program masing-masing di Politeknik Ibrahim Sultan, dekat sini dan Politeknik Ungku Omar, Perak.

Menurutnya, tiga daripada program itu dilaksana sendiri sepenuhnya politeknik terbabit manakala Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan dibuat secara kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

"Dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan dijalankan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.

"Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa dilaksanakan di Politeknik Ibrahim Sultan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar," katanya selepas melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr. Arshad Kassim.

Mengulas lanjut, Mohlis berkata, buat permulaan, seramai 120 penuntut terpilih mengikuti program tersebut mulai 2 September ini dengan setiap program hanya mengambil seramai 30 penuntut.

Katanya, program itu akan dilaksanakan menggunakan konsep work based learning dengan penuntut akan ditempatkan di industri selama setahun bagi tempoh pengajian empat tahun supaya mendapat pengalaman terus daripada pihak industri.

"Penuntut yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan yang dijalankan secara kerjasama itu perlu mengikuti program pengajian selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian pada tahun berikutnya di UTHM," katanya.

Beliau berkata, sebagai peneraju utama Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) penawaran program Ijazah Sarjana Muda berkenaan dapat melahirkan modal insan yang inovatif, kreatif dan responsif.

Malah, katanya, pelaksanaan program itu selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.