VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/08/2013

Kerajaan terus beri peluang kepada wanita - PM

NAJIB Razak menyampaikan pengiktirafan Respek Wanita kepada penerima pertamanya, Prof. Datuk Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah pada majlis perasmian Hari Wanita 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus memberi peluang kepada wanita supaya peranan golongan itu dalam pembangunan negara dapat dipertingkatkan.

Perdana Menteri memberitahu, kaum wanita berupaya menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik ketika diberi peluang.

"Sudah terbukti dalam konteks negara kita, apabila kita beri jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan, dalam pentadbiran, umumnya golongan wanita telah membuktikan kemampuan mereka," katanya ketika berucap merasmikan Hari Wanita 2013 Peringkat Kebangsaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; timbalannya, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.