VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/07/2013

Kecam pembunuhan di Mesir - NGO Islam

KUALA LUMPUR 28 Julai - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lebih 300 penyokong Mursi dan ahli Ikhwanul Muslimin dalam perhimpunan aman di beberapa tempat di Mesir.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang mewakili beberapa pertubuhan itu, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sissi, pihak tentera dan kerajaan haram sementara mesti dipertanggungjawab.

"Tugas pihak tentera adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya membunuh mereka.

"Kami menyeru kerajaan menggunakan pengaruh politik dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada pihak tentera Mesir untuk menghentikan pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman menuntut hak demokrasi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Kecaman Pembunuhan di Mesir yang dihadiri NGO lain seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) dan Pertubuhan Pemuda Gema (Gema).

Semalam, menurut laporan Reuters, kira-kira 120 penyokong Mursi ditembak pasukan keselamatan Mesir dan lebih 4,500 lagi cedera mengikut laporan stesen televisyen al-Jazeera.

Beberapa pertubuhan-pertubuhan wanita turut bersama iaitu Pertubuhan Inisiatif Penyelidikan Pembangunan dan Kemajuan Wanita Selangor dan Kuala Lumpur (Wirda), Persatuan Interaktif Muslimah (Iman), Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN) dan Pertubuhan Mawaddah.

Tambah Mohd. Parid, pihaknya juga meminta kerajaan mempengaruhi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mengkaji semula keahlian Mesir jika tentera enggan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan presiden yang sah dipilih secara demokratik dikembalikan ke kedudukan asal.

Sementara itu, jurucakap pertubuhan-pertubuhan wanita, Maznah Daud menggesa kerajaan menyatakan bantahan yang jelas dan tegas kepada Kedutaan Mesir tentang pembunuhan itu.

"Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah juga diminta mengiktiraf bahawa berlaku kudeta di Mesir dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengadakan persidangan khas untuk mengutuk penggunaan peluru hidup oleh tentera.

"Keganasan melampau terhadap rakyat Mesir yang memprotes untuk demokrasi dikembalikan dengan meletak semula presiden yang dilantik secara sah dalam pilihan raya seperti disahkan pemantau antarabangsa," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.