VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/07/2013

21 angkat sumpah jawatan Setiausaha Politik

KUALA LUMPUR 11 Julai - Sebanyak 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Majlis angkat sumpah itu diketuai Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Datuk Mohd. Nardin Awang dan Datuk Tahir Mohd. Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah: Datuk Dr. Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan I, Tan Sri Muhyiddin Yassin); Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz); Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein); Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal); Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili); Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas).

Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi); Mohd. Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek); M. Vellaiyan (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam); Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah); Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom); Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof); Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot); Abd. Halim Jusoh (Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh); Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan); Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin). - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.