VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/07/2013

Kes malaria di Kampung Orang Asli meningkat

KOTA BHARU 30 Jun - Bilangan kes malaria di Kampung Orang Asli Sungai Rual, Jeli dilaporkan terus meningkat dan sebanyak 139 kes dikesan berlaku di daerah itu sehingga kini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, sebanyak 124 daripada kes tersebut membabitkan Orang Asli di kampung berkenaan manakala sebanyak 10 kes lagi membabitkan warganegara Myanmar, tiga warga Indonesia dan dua kes lagi melibatkan warga Thailand.

Bagaimanapun, katanya, tiada kematian dilaporkan berlaku di daerah itu dan wabak berkenaan dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat melalui aktiviti kawalan serta pencegahan.

"Saya tidak menolak kemungkinan peningkatan kes demam malaria di daerah Jeli ini berpunca daripada pekerja asing yang merupakan pembalak atau pekerja ladang," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Utusan Malaysia pada 23 Jun lalu melaporkan kehadiran ramai pekerja asing dalam sektor pembalakan didakwa menjadi punca berlaku wabak malaria di penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Rual, Jeli.

Beberapa pekerja balak itu dilaporkan telah menghidap malaria sebelum penyakit itu merebak menyebabkan 112 penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan ditahan di Hospital Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Sementara itu, Dr. Ahmad Razin berkata, pada tahun lalu sebanyak 174 kes dengan dua kematian dicatatkan manakala pada tahun ini terdapat peningkatan kes malaria di mana sehingga 22 Jun lalu sejumlah 241 kes dicatatkan dengan dua kematian di negeri ini.

"Daripada 241 kes malaria yang dikesan pada tahun ini, daerah Jeli adalah yang tertinggi iaitu 143 kes, diikuti Gua Musang 68 kes dan Kuala Krai 27 kes," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan syarikat atau orang perseorangan memaklumkan kepada pejabat kesihatan terdekat sekiranya menggunakan khidmat pekerja asing di sektor pembalakan, tapak pembukaan tanah hutan atau ladang berhampiran hutan supaya kerja pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan lebih awal.

"Selain itu saya juga berharap orang ramai memberi kerjasama kepada kakitangan kesihatan apabila mereka melakukan pemeriksaan dan pembersihan di rumah masing-masing," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.