VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/06/2013

Tentera Darat terus dukung Esscom

MELAKA 25 Jun - Tentera Darat (TD) akan terus mendukung usaha membanteras sebarang ancaman pengganas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Panglimanya, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, meskipun kawasan itu diklasifikasikan selamat namun pihaknya akan terus menempatkan anggota dan aset pasukan berkenaan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, antara aset itu adalah kereta kebal Adnan yang dikekalkan sebagai langkah kontigensi melawan sebarang ancaman musuh.

"TD telah menghantar anggota yang mencukupi di Esscom bagi melawan sebarang ancaman yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara," katanya kepada pemberita dalam majlis Tentera Darat Bersama Media di Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kira-kira 100 wakil media dipertontonkan demonstrasi menentang pengganas oleh Gerup Gerak Khas (GGK).

Sementara itu, beliau turut membayangkan Operasi Daulat yang dilancarkan 5 Mac lalu bagi memerangi kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah akan ditamatkan tidak lama lagi.

Perkara itu, katanya, berikutan perimeter keselamatan kawasan tersebut kini bebas daripada ancaman pengganas.

"Pada Sabtu ini di Lahad Datu akan diadakan majlis yang dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, biar Menteri yang umumkan pembubaran itu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi berkata, peranan media dalam mengangkat imej TD menjadi pasukan digeruni pihak luar merupakan sesuatu yang penting.

Selain memberi kelebihan strategik kepada TD, tambahnya, perkara itu dapat membangkitkan semangat patriotisme tinggi dalam kalangan rakyat.

"Media adalah jambatan pihak tentera untuk sampai kepada rakyat dan hubungan baik antara tentera dan media ini harus diperkasa setiap masa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.