VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/06/2013

Pengedar perlu daftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan pengedar rokok elektronik atau e-Rokok supaya tidak sewenang-wenangnya menjual produk tersebut kepada orang ramai sebelum berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Sekiranya gagal untuk berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 serta penjara selama setahun di bawah Akta Racun 1962.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Kawalan Tembakau & Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Sukhvinder Singh Gorbax Singh berkata, ini bertujuan untuk memastikan nikotin yang terdapat dalam e-Rokok itu memenuhi piawaian keselamatan bahan dadah dan racun.

Menurut beliau, pada masa sama, kementerian terus melaksanakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan e-Rokok tidak jatuh ke tangan pengedar tidak bertanggungjawab.

"Kementerian turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa dalam usaha menangani berlakunya penjualan e-Rokok secara meluas kepada orang ramai dan memastikan pesalah mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

"Dalam pada itu, orang ramai juga disarankan untuk tidak mempercayai 100 peratus e-Rokok yang kononnya mampu membantu menghentikan ketagihan rokok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan e-Rokok yang semakin menjadi trend di negara ini terutama dalam kalangan remaja.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, langkah berkenaan perlu bagi menyekat penularan penggunaan rokok berkenaan yang hanya membawa kesan buruk kepada kesihatan.

Mengulas lanjut, Sukhvinder berkata, preskripsi untuk cecair nikotin hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi bertauliah bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan bahan itu yang termaktub sebagai bahan racun.

"Pengedar produk ini perlu memikirkan kesan terhadap penyalahgunaan nikotin dalam e-Rokok kepada orang ramai terutama golongan muda yang lebih mudah ketagih dengan bahan itu.

"Siasat dahulu produk yang mahu dijual dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebelum diedarkan kepada orang ramai,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.