VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/06/2013

Siti Hanisah kebanggaan Felda Jelai

TAMPIN 23 Jun - Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 memasuki liga yang tersendiri hari ini apabila ketua pendaki, Siti Hanisah Sharuddin, 23, kembali ke tempat kelahirannya di Felda Jelai 1 dekat sini dan disambut sebagai wirawati.

Felda Jelai menjadi tempat persinggahan ketiga jelajah tersebut yang bermula sejak Rabu lalu.

Yang turut mengiringi Siti Hanisah ialah empat pendaki iaitu Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, dan Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25.

Mereka disambut oleh Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Yusof Mohamad dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd. Manap.

Yang turut hadir ketua jelajah, Abd. Kahar Daud.

Program yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda) itu turut dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada keluarga peneroka dan pelajar sekolah.

Setiap pendaki menggunakan peluang itu untuk menceritakan pengalaman masing-masing menjayakan pendakian tersebut.

Siti Hanisah yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, dia merasa bangga kerana dapat mengharumkan nama Felda Jelai hingga ke peringkat antarabangsa.

"Bermula sebagai angan-angan, kemudian disertai dengan usaha dan doa, saya akhirnya dapat menawan puncak yang paling tinggi di dunia itu," katanya.

Sementara itu, bapa Siti Hanisah, Sharuddin Ahmad, 57, berkata, perasaannya berbaur antara gembira, sedih dan cemas apabila mengenangkan kejayaan anak kelima daripada tujuh beradik itu.

"Saya tidak pernah terfikir dia akan sampai sejauh ini.

"Seluruh peneroka di kawasan Felda Jelai ini merasa bangga dengan kejayaannya terutama dalam kalangan belia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan," katanya.

Jelajah tersebut akan diteruskan di Jengka 19, Pahang hari ini daripada 11 lokasi terpilih di seluruh negara, berakhir 5 Julai ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.