VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/06/2013

Pendaki Everest jelajah Felda

Faizoull Ahmad mengibarkan bendera Felda sebagai tanda melepaskan secara simbolik peserta Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 di Wisma Felda, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 20 Jun - Lima anak Felda yang berjaya menawan Gunung Everest baru-baru ini, akan menjelajah kesemua kawasan Felda di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman bersama anak-anak peneroka di kawasan tersebut.

Ketua Pendaki Everest-Felda 2013, Siti Hanisah Sharuddin, 23, berkata, program yang dikenali sebagai Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 itu bakal melibatkan 11 lokasi, bermula hari ini sehingga 5 Julai.

"Felda pertama yang akan mengadakan program bersama kami adalah Felda Chuping di Perlis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau bersama empat anak-anak Felda yang berjaya menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut pada 21 dan 23 Mei 2013 yang lalu akan mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Felda Chuping pada pukul 10.30 pagi esok.

Felda lain yang akan menyusul dalam program jelajah itu adalah Felda Soeharto, Selangor pada 22 Jun; Felda Jelai, Negeri Sembilan (23 Jun); Felda Jengka 19, Pahang (24 Jun); Felda Tersang 1 di Pahang (25 Jun); Felda Chiku 1, Gua Musang, Kelantan (26 Jun); Felda Kerteh 1, Terengganu (29 Jun); Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang (30 Jun); Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor (1 Julai); Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor (2 Julai) dan Felda Sahabat, Sabah (3-5 Julai).

Majlis Perasmian Jelajah Wira/Wirawati Everest 2013 itu disempurnakan oleh Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad.

Projek Everest-Felda 2013 dikendalikan oleh Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan mendapat sokongan serta tajaan Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Majlis Belia Felda Malaysia.

Sebanyak tiga rekod baharu dicipta dalam projek tersebut iaitu pendaki termuda, Mohd Nasuha Shamsuddin, 21; pendaki wanita termuda, Siti Hanisah Sharuddin, 23, dan kumpulan terbesar rakyat Malaysia menakluk Gunung Everest dalam satu program iaitu sebanyak tujuh orang melibatkan lima anak Felda dan dua jurulatih.

Mengulas lanjut, Siti Hanisah berkata, program jelajah tersebut lahir daripada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Jun lalu yang mencadangkan pendaki Felda yang berjaya menakluk Gunung Everest dijadikan ikon untuk memberi inspirasi kepada anak Felda dan anak Malaysia yang lain.

"Perdana Menteri berucap ketika majlis penyampaian wang saguhati kepada pendaki. Kami terus memikirkan apakah cara yang boleh dilakukan bagi memberi inspirasi kepada anak-anak Felda dan anak-anak Malaysia yang lain. Justeru, lahirlah program jelajah ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu kegigihan mereka menjadi tauladan dan motivasi kepada generasi muda Felda khususnya dalam menempa kejayaan di masa hadapan.

Katanya lagi, kejayaan itu merupakan kebanggaan warga Felda dan membuktikan kemampuan anak-anak di tanah rancangan setanding dengan jenama Felda yang kini bertaraf dunia.

"Semangat juang yang tinggi telah kami tunjukkan ketika mendaki Everest.

"Itulah yang kami mahu terapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Felda dalam setiap program yang kami jayakan ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.