VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/06/2013

Hanya dua kawasan bacaan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 17 Jun - Status kualiti udara di seluruh negara bertambah baik berbanding semalam, apabila bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat telah berkurangan kepada dua kawasan berbanding enam kawasan sebelum ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua stesen tersebut ialah di Kemaman, Terengganu dengan IPU 118 dan Balok Baru, Kuantan, Pahang dengan IPU 110.

"Bacaan IPU pada tahap tidak sihat di beberapa kawasan di selatan Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sehingga jam 11 pagi ini masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.

"Laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh 'ASEAN Specialised Meteorological Centre' (ASMC) semalam menunjukkan peningkatan mendadak bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia iaitu 136 berbanding 101 pada 15 Jun lalu," katanya.

Di Malaysia, sebanyak 16 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 iaitu di negeri Johor (3), Pahang (6), Selangor (1), Sabah (1) dan Sarawak (5).

"Maklumat daripada ASMC menunjukkan terdapat lingkaran asap jerebu sederhana berpunca dari kawasan kebakaran atau titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia.

"Negara juga kini mengalami musim Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, sebagai usaha berterusan menangani masalah jerebu merentasi sempadan, Mesyuarat Ke-15 Sub-Serantau Jawatankuasa Pemandu Menteri Alam Sekitar akan diadakan 20 Ogos ini.

"Mesyuarat yang melibatkan lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand akan diadakan di sini bermula 20 Ogos sehingga 21 Ogos," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dan bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil di samping melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dengan menelefon 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.