VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 17/06/2013

Enam kawasan catat IPU tidak sihat

Beberapa kawasan di sekitar Port Dickson dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera selain musim kemarau di beberapa buah tempat di Indonesia. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 16 Jun - Enam kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat dengan bacaan melebihi 100.

Berdasarkan bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 5 petang ini, bandar raya Melaka mencatatkan IPU tertinggi iaitu 129, Bukit Rambai (120), Port Dickson (117), Muar (110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101).

Sebanyak 75 peratus kawasan pula mencatatkan bacaan IPU di tahap sederhana manakala 14 peratus berada di tahap baik.

Antara lokasi yang mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana ialah Cheras (92), Batu Muda (84), Shah Alam (85), Kuala Selangor (87), Banting (97) dan Petaling Jaya (86).

Kawasan di utara tanah air yang IPU pada tahap sederhana ialah Seri Manjung (77), Ipoh (70) dan Sungai Petani (62) dan Kangar (44) manakala di kawasan di Pantai Timur melibatkan Kuantan (85), Jerantut (63) dan Tanah Merah (61).

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu Pengarah JAS Melaka, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, negeri tersebut merekodkan bacaan IPU paling tinggi berikutan jerebu yang melanda negara sejak semalam.

Menurutnya, catatan IPU itu merupakan yang paling teruk berbanding bandar-bandar lain di negara ini yang bersempadan dengan kawasan punca jerebu iaitu Sumatera Tengah, Indonesia.

"JAS mendapati bahawa jerebu ini adalah disebabkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan punca dan lebih 100 titik panas direkodkan di kawasan berkenaan.

"Kebakaran di Sumatera Tengah berlaku sejak semalam dan kesan jerebu itu dibawa oleh angin Monsun Barat Daya ke Semenanjung pada sebelah malam tadi dan awal pagi ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam masa sama katanya, pihaknya telah menggerakkan pasukan untuk melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang mudah terbakar supaya tiada kejadian pembakaran terbuka berlaku.

"Kami turut merayu seluruh rakyat negeri ini supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan.

''Saya juga ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan dan kanak-kanak, supaya berehat di rumah dan tidak kerap keluar serta banyakkan meminum air," ujarnya.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah JAS negeri, Chanparal Singh Karpal Singh memberitahu, beberapa kawasan di sekitar Port Dickson dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu dengan bacaan IPU tidak sihat sekitar 110 hingga 117.

Katanya, kawasan lain seperti Seremban dan Nilai masih mencatatkan kualiti udara sederhana dengan bacaan 78 hingga 96.

''Kita telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan untuk pengetahuan orang ramai, situasi ini telah diramalkan sejak sebulan lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.