VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/06/2013

Pelajari bahasa Arab mantapkan bacaan al-Quran

KOTA BHARU 13 Jun - Tokoh pengajian al-Quran terulung negara, Tan Sri Hasan Azhaari menasihatkan bakat baharu mempelajari bahasa Arab bagi memantapkan lagi alunan ayat-ayat suci itu sebagaimana lenggok asal bahasa tersebut.

Beliau yang tidak pernah ketinggalan menjadi hakim pada setiap penganjuran Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan, termasuk pada edisi tahun ini berkata, lenggok suara barisan qari dan qariah era terdahulu lebih menyamai ‘lahjah’ atau loghat sebenar bahasa Arab berbanding generasi sekarang.

Hasan, 85, yang menjadi hakim bahagian tajwid berkata, biarpun begitu, beliau tetap berbangga kerana negara mempunyai pelapis yang semakin ramai dalam bidang ini tetapi perlu mengasah lagi bakat yang ada.

“Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab, jadi kita kena berusaha membaca kitab suci itu sebaik-baik dan secantiknya termasuk mengikut lenggok bahasa itu. Kita boleh tengok contoh qari dan qariah Kelantan seperti Ahmad Maasom Pergau dan Faridah Mat Saman yang tiada tandingan mengalunkan al-Quran mengikut ‘lahjah’ Arab," katanya di sini hari ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.