VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/05/2013

Barisan Exco: Khalid menghadap Sultan Selangor hari ini

SHAH ALAM 26 Mei - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini esok.

Pertemuan yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi itu dipercayai berkaitan dengan proses memuktamadkan senarai barisan Exco kerajaan negeri dan tarikh mengangkat sumpah jawatan.

Sumber memberitahu, upacara mengangkat sumpah akan diadakan sama ada Selasa atau Rabu ini bergantung pada perkenan Sultan Selangor.

Pakatan pembangkang yang mengekalkan kuasa di Selangor setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, masih tidak membuat pelantikan barisan Exco.

Setakat ini, Menteri Besar mengesahkan akan melantik berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu seramai empat orang Exco daripada Pas manakala DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), masing- masing mendapat tiga kerusi Exco.

Meskipun sebelum ini, DAP mempertikaikan kedudukan komposisi tersebut memandangkan parti itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU-13, dipercayai keputusan tersebut adalah bagi memastikan kuota Exco melibatkan kaum Melayu dan bukan Melayu berada pada kedudukan 6:4.

Dengan komposisi itu, pentadbiran Abdul Khalid dijangka dianggotai enam orang Exco berketurunan Melayu iaitu empat daripada Pas, PKR (dua) manakala kerusi Exco bukan Melayu, tiga orang dipercayai mewakili masyarakat Cina daripada DAP dan seorang wakil masyarakat India daripada PKR.

Pas dijangka mengekalkan Exco kerajaan negeri pada penggal lalu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I negeri, Iskandar Abdul Samad dan juga ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali.

ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi turut dijangka dilantik semula dan satu lagi nama yang disebut-sebut ialah ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor dan beliau dilihat calon paling layak memegang portfolio Hal Ehwal Islam.

Bagi kuota PKR, difahamkan ketiga-tiga Exco sebelum ini akan dikekalkan dan dengan itu seorang lagi Exco akan digugurkan.

ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dijangka dikekalkan selain ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dilihat berpotensi dikekalkan kerana beliau satu-satunya Exco mewakili masyarakat India sekiranya DAP tidak menamakan wakil daripada masyarakat India.

Ekoran itu kedudukan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menjadi tanda tanya sama ada beliau akan dikekalkan atau terpaksa digugurkan kerana jika dilihat kepada kuota untuk PKR hanya tiga kerusi Exco berbanding empat sebelum ini.

DAP yang diperuntukkan tiga kerusi Exco pula dijangka mengekalkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah selain mungkin memilih ADUN Kinrara, Ng Sze Han yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai calon Exco yang baru.

Memandangkan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok tidak bertanding di kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu, kerusi Exco kanan yang dipegang oleh beliau sebelum ini mungkin akan diberikan kepada Datuk Teng Chang Khim yang sebelum ini memegang jawatan Speaker DUN.

Dua lagi wakil rakyat DAP yang menduduki senarai mungkin dilantik sebagai Exco ialah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.