VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/05/2013

Peserta buta johan 3 kali kategori tilawah MTQSS

ABDUL Ghafar Mahmud menyampaikan piala kepada pelajar cacat penglihatan Mohd. Qayyim Nizar Sarimin selepas dinobatkan johan Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Kuala Lumpur di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 27 Mei - Cacat penglihatan tidak menghalang Mohd. Qayyim Sarimin, 14, untuk merangkul johan buat kali ketiga berturut-turut kategori tilawah Al-Quran pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Kebangsaan 2013.

Mohd. Qayyim yang cacat penglihatan sejak lahir mewakili negeri Kelantan mencatat kejayaan bermakna itu sejak menyertai program tahunan itu pada tahun 2010.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu itu ketika ditemui pemberita berkata, dia mula belajar taranum sejak berusia sembilan tahun menggunakan Al-Quran braile yang dihadiahkan Allahyarham guru agamanya.

"Saya memang meminati bacaan al-Quran sejak kecil dan tidak pernah menjadikan kecacatan saya sebagai penghalang untuk bergelar qari suatu hari nanti.

"Saya tidak ada masalah untuk belajar menggunakan bahan braile dan mengasah suara dengan mengalunkan azan Subuh setiap hari sejak usia sembilan tahun," katanya.

Katanya, dia mahu menjadi ikon kepada pelajar senasib dengannya agar mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang kejayaan.

Mohd. Qayyim kini belajar di bawah bimbingan gurunya Fauzi Awang, 48, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail III Kota Bharu sejak enam tahun lepas.

Menurut Fauzi, Mohd. Qayyim seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan luar biasa menjadikan beliau cepat menangkap pengajarannya.

Mohd Qayyim muncul juara apabila mengutip 91 markah, diikuti naib johan Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dari Selangor dengan 87.5 markah dan Muhamad Ridzuan Mat Zakir dari Perak di tempat ketiga dengan 86 markah.

MTQSS 2013 diadakan sejak 24 Mei lalu disertai oleh 240 peserta dari 15 kontinjen sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Kontinjen negeri Selangor mengungguli program kali ini apabila dinobat johan keseluruhan diikuti negeri Perak dan ketiga Kelantan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.