VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/05/2013

7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji

MARANG 23 Mei - Tujuh agensi anggota beruniform sektor awam yang buat pertama kali berhimpun dalam bengkel khas di Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai dekat sini, akan menyiapkan tuntutan kepada kerajaan supaya skim gaji serta pangkat mereka diseragamkan dengan penjawat awam tidak beruniform.

Kesemua tujuh agensi penguat kuasa itu terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Penjara dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bengkel dua hari tiga malam itu yang disertai kira-kira 100 wakil agensi tersebut di seluruh negara berakhir hari ini dengan majlis penutupnya disempurnakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd. Zabidi Zainal.

Yang turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda, Penolong Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hamdan Wahid dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Abd. Razak Muda.

Omar dalam sidang akhbar selepas itu berkata, sebelum ini kesatuan-kesatuan sekerja di setiap agensi berkenaan menghantar memorandum tuntutan kepada kerajaan malah beliau sendiri sudah berjumpa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa bulan lalu bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, persetujuan dan kata sepakat antara kesemua agensi berkenaan sudah mencapai peringkat 90 peratus dan perkara itu akan dibentangkan kepada CUEPACS untuk dirumuskan sebelum diserah kepada kerajaan untuk dipertimbang.

Menurut beliau, sudah tiba masanya skim, gred gaji dan kenaikan pangkat kira-kira 100,000 anggota beruniform tujuh agensi berkenaan dikaji semula memandangkan beban tugas mereka semakin bertambah dan berisiko tinggi.

"Kita mahu anggota agensi ini mempunyai skim yang seimbang dan setimpal dengan peranan serta tanggungjawab mereka, seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini yang menyelaras skim gaji polis dan tentera," katanya.

Menurut Omar, penyeragaman itu perlu dilakukan supaya penetapan gaji dan pangkat dilaksana secara adil antara sesama penjawat awam tidak kira beruniform atau sebaliknya.

"Ada yang pangkat sama tapi gred berbeza. Macam JPJ, Jabatan Imigresen dan JKDM, masing-masing grednya lain, ini yang kita sedang lihat sekarang," katanya.

Langkah itu, jelas beliau, perlu dilaksana memandangkan keadaan semasa sudah jauh berubah berbanding era 1980-an yang mana beban tugas anggota beruniform ketika itu tidak sehebat sekarang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.