VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/05/2013

Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu 16 Jun

KUALA TERENGGANU 22 Mei - Majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan pelantikan Speaker DUN akan diadakan pada 16 Jun ini di Wisma Darul Iman di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perasmian penggal baharu sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun.

"Sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman hari ini.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah, di sini pada 11 Mei lepas, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selain Ahmad, turut mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu ialah 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang menerima watikah pelantikan.

Pada PRU-13, BN Terengganu memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN selain empat daripada lapan kerusi Parlimen. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.