VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/05/2013

7 muka baharu Exco N. Sembilan

SEREMBAN 21 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan senarai 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ini bagi melaksana dasar serta 45 Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Kata Mohamad, senarai barisan Exco itu terdiri daripada tiga muka lama manakala selebihnya muka baharu yang mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Gandingan mantap itu, menurut beliau, turut menyaksikan pemimpin muda diberi peluang bersama-sama menjayakan dasar kerajaan ke arah mensejahterakan semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan ini dan telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk sembah maklum berhubung perkara ini.

"Malah, baginda telah memperkenan senarai nama ini dan saya yakin kesemua individu yang dilantik dapat menyumbang dan membantu urusan mentadbir negeri ini dengan jayanya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Jelas beliau, mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Datuk Ismail Lasim, Datuk Hasim Rusdi (Labu) dan Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli (Serting) yang dilantik semula sebagai Exco.

Tujuh muka baharu pula, katanya, ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Jalaluddin Alias (Pertang), Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Abd. Razak Ab. Said (Gemas) dan Datuk Norhayati Omar (Pilah).

Tambah beliau, ADUN Jeram Padang daripada MIC, L. Manickam turut dinamakan sebagai Exco.

Walau bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun wakil MCA mahupun Gerakan dalam Exco terbaharu itu berikutan kekalahan kesemua calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Majlis angkat sumpah Exco ini akan diadakan esok di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada pukul 10 pagi.

"Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan diumumkan selepas mesyuarat pertama Exco negeri ini berlangsung di Wisma Negeri, petang esok," katanya.

Berikutan pengumuman itu, tiga ADUN BN yang menang dalam pilihan raya umum lalu tidak dilantik semula sebagai Exco iaitu ADUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, Datuk Yunus Rahmat (Klawang) dan Datuk Abdul Samad Ibrahim (Seri Menanti).

Dalam PRU-13, BN Negeri Sembilan memenangi sebanyak 22 daripada 36 kerusi DUN bagi membolehkan kerajaan baharu dibentuk untuk meneruskan dasar bagi tempoh lima tahun akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.