VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/05/2013

Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu

PUTRAJAYA 21 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hari ini dibenar merayu agar Mahkamah Persekutuan menentukan isu tanggungjawab statutori sama ada agensi itu perlu memeriksa dahulu kereta terpakai sebelum melakukan proses pendaftaran dan pertukaran hak milik kenderaan.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Pengarah JPJ Selangor dan dua pihak lagi iaitu Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia untuk merayu.

Ketiga-tiga pihak berkenaan mengemukakan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka pada 30 Julai tahun lalu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan saman seorang peguam, Sin Yoong Ming dan memerintahkan wang hasil pembelian kereta mewah terpakai bernilai hampir RM160,000, dikembalikan kepadanya.

Polis merampas kereta itu pada 27 April 1999 iaitu selepas hampir sebulan kenderaan tersebut ditukar hak milik setelah mendapat laporan kereta itu merupakan kenderaan curi. - UTUSAN ONLINE.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.