VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/05/2013

Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta

Pasangan Nurul Awanis Ariffin dan Mohd. Hafidz Shamsir menewaskan sembilan pasangan lain untuk muncul juara Gerbang Cinta Musim Ke-4.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Pasangan Nurul Awanis Ariffin, 27, dan tunangnya, Mohd. Hafidz Shamsir Md. Nasir, 26, dinobatkan sebagai juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-4 mengatasi sembilan pasangan lain yang bersaing pada peringkat akhir.

Nurul Awanis, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang bertugas sebagai pengendali dokumen di sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor, berasal dari Teluk Intan, Perak. Tunangnya, Mohd. Hafidz, ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Ipoh, Perak.

Pasangan ini menewaskan sembilan pasangan finalis lain selepas memperoleh markah tertinggi dalam sesi tugasan khas baru-baru ini.

Kemenangan itu menjadikan mereka pasangan paling bertuah daripada ribuan peserta yang menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega, bermula pertengahan November lalu.

Sebelum terpilih ke peringkat akhir, para peserta dinilai dan ditapis pada peringkat awal, peringkat kedua (kursus perkahwinan) dan peringkat ketiga (temu duga).

Sepuluh pasangan yang terpilih sebagai finalis kemudian dinilai melalui tugasan khas di rumah orang-orang tua dan anak yatim. Pemenang kemudian dipilih berdasarkan jumlah markah yang diperoleh dalam setiap peringkat penilaian.

Sebagai juara, Nurul Awanis dan Mohd. Hafidz meraih hadiah pakej perkahwinan bernilai RM100,000, sebuah kereta, wang tunai RM5,000, barang kemas, barang elektrik dan pakej bulan madu ke Korea Selatan.

Pakej perkahwinan tersebut meliputi sajian makanan dan lokasi, dekorasi pelamin, dewan dan meja pengantin, busana pengantin dan andaman.

Selain itu, turut ditaja adalah kad jemputan, video, fotografi, sistem siar raya, rawatan spa dan percutian bulan madu.

Tempat kedua diraih pasangan Izyan Shazana Mazlan, 26, dan Mohd. Saharani Muhammad, 27, dari Seremban, Negeri Sembilan. Mereka bakal menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM80,000, sebuah motosikal, wang tunai RM3,000, barang elektrik, barang kemas dan sofa.

Selain itu, pasangan tempat kedua juga menerima tajaan pakej bulan madu ke Beijing, China.

Tiga pemenang tempat ketiga ialah pasangan Norain Moktar dan Firdaus Ali Mokhtar; Muhammad Izzat Md. Zainal dan Anis Rahayu Mohd. Yunus, serta pasangan Muhammad Hatta Rajiee dan Nurul Syafiza Din.

Hadiah tempat ketiga adalah motosikal, wang tunai RM2,000, pakej perkahwinan bernilai RM50,000, barang kemas dan elektrik serta pakej bulan madu ke Jakarta, Indonesia.

Lima pemenang sagu hati pula ialah pasangan Nurul Aisyah Mohd. Nor dan Mohd. Syubli Adnan; Sofahani Mohamad Sakroji dan Mohd. Syaaquan Mohd. Sanusi; Nadia Syazana Zaidee dan Muhammad Zul Al Feqar Hassan; Nur ‘Atiqah Edy dan Mohd. Ibrahim Syamim A. Rahman serta pasangan Mohammad Al Firdaus Ruslan dan Noor Alhani Mohamed.

Setiap pasangan masing-masing memenangi wang tunai RM1,000 dan pakej bulan madu dalam negeri.

Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid yang mengetuai panel pemilihan berkata, para juri menghadapi tugas sukar memilih pemenang memandangkan markah setiap 10 peserta akhir tidak jauh berbeza.

“Ini menunjukkan setiap pasangan yang sampai ke peringkat akhir merupakan pasangan yang hebat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan mereka. Pemenang yang terpilih adalah pasangan terbaik daripada yang terbaik," katanya.

Peraduan anjuran akhbar Utusan Malaysia ini masih mengekalkan penaja yang sama sebagai rakan strategik seperti Mastar Catering (penaja jamuan), Kampung Pengantin (lokasi dan jamuan), Afidah Khamis Makeup and Stuff (solekan), CJ Print (kad kahwin), Dios Astana Bridal (pakaian pengantin).

Selain itu, turut menaja adalah Precious Moments (pelamin), Suri Permai Spa (spa) dan D’Sayang Entertainment (sistem siar raya), Sweet and Sour Photo Design (fotografi) dan Poto Travel (pakej bulan madu).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.