VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/05/2013

Pekebun kecil RISDA digalak tuntut RM500

Zainon Harun

SEREMBAN 8 Mei - Pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di negeri ini yang belum menerima bantuan khas RM500 yang diberikan berikutan kejatuhan harga getah digalakkan untuk menuntutnya, kata Pengarah RISDA negeri, Zainon Harun.

Beliau berkata, sebanyak RM11 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada pekebun kecil yang layak menerima bantuan khas RM500 seorang itu, namun hanya 30 peratus menuntutnya.

"Justeru, kita minta pekebun kecil yang berwarganegara Malaysia, keluasan tanah kurang daripada 2.5 hektar yang bertanam getah untuk datang mengambil bantuan khas RM500 yang diberikan secara sekali bayaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Tanam Semula (TS27) Dan Kelulusan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pegawai Khas 1 kepada Pengerusi Risda, Muhd. Suhaimin Mamat yang mewakili Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik.

Mengulas mengenai program tanam semula, Zainon berkata, sebanyak RM36 juta telah diperuntukkan tahun ini untuk negeri ini yang diagihkan mengikut pejabat Risda daerah masing-masing merangkumi Negeri Sembilan barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan selatan dan Jempol.

"Ia melibatkan seluas 6,100 hektar kawasan yang akan dibangunkan di bawah program tanam semula tahun ini serta sambungan projek lepas," tambahnya. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.