VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/05/2013

Imam Masjid Nabawi berceramah di Masjid Terapung Al-Hussain

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan mempelam Harumanis kepada Imam Masjid Nabawi Madinah, Ash-Shaikh Solah Al-Budair (kiri) selepas mengadakan sesi ceramah agama di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis, Kangar, malam semalam. Turut serta Juanda Jaya (dua, kiri) dan Fathul Bari Mat Jahaya (kanan). - BERNAMA

KANGAR 1 Mei - Imam Masjid Nabawi Madinah, Ash-Shaikh Solah Al-Budair mengadakan sesi ceramah agama di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis, di sini malam tadi.

Sesi ceramah lebih sejam selepas solat Maghrib itu diterjemahkan oleh imam masjid berkenaan, Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat mendengar ceramah tersebut.

Baginda kemudiannya mengurniakan cenderamata berupa buah mempelam Harumanis kepada Imam Masjid Nabawi Madinah dan ahli rombongan berkenaan di akhir majlis.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya turut hadir.

Selain itu, penyumbang utama kepada pembinaan masjid terapung tersebut, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf hadir sama.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.