VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/04/2013

Malaysia contoh terbaik negara Islam

SEREMBAN 26 April - Malaysia menjadi model kepada negara Islam lain terutama dalam aspek menyatupadukan ummah serta masyarakat pelbagai kaum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengiktirafan itu dibuat Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini baru-baru ini.

"Kejayaan Malaysia sebagai negara Islam ini menurut Shaikh Solah, harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

"Kenyataan beliau itu saya ambil sebagai salah satu manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah kita lakukan di sini," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan tengah hari bersama rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Taman Tuanku Ja'afar, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid.

Jelas Muhyiddin, umat Islam perlu sedar ancaman perpaduan di negara ini adalah nyata sekali gus mustahak bagi mereka mewujudkan kesatuan dan kesefahaman lebih rapat dengan pemimpin kerajaan.

Katanya, dua elemen berkenaan adalah penting supaya asas-asas Islam yang dibentuk dan segala usaha yang dilakukan untuk menyemarakkan syiar Islam di Malaysia dapat dipertahankan.

Dalam masa sama, Muhyiddin mengajak umat Islam berganding bahu mendukung cita-cita bersama pemimpin negara ketika ini membangunkan negara dengan lebih berjaya.

"Dalam masa sama, kita akan mempertahankan akidah Islam dan apa sahaja yang telah kita bina selama ini supaya tiada mana-mana pihak mencabarnya dan membawa ideologi bertentangan dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.