VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 25/04/2013

Mara masih relevan untuk Melayu

Idris Jusoh (tengah) beramah mesra dengan pelajar semasa melawat gerai sempena Karnival Pendidikan Mara 2013 Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 24 April - Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menjadi sasaran untuk ditutup oleh pembangkang sekiranya mereka berkuasa, masih berperanan besar membangunkan bangsa Melayu dan bumiputera lainnya.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, orang Melayu masih memerlukan Mara untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka dan peranan agensi itu tetap relevan bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.

Katanya, pembangunan dan kemajuan dalam kalangan orang Melayu dipacu dengan kewujudan Mara yang diilhamkan oleh pemimpin terdahulu supaya orang Melayu tidak terus ketinggalan dari segi ekonomi.

"Saya nampak dalam hal ini, pihak pembangkang tak percaya kepada Mara. Banyak dilihat kenyataan pembangkang bahawa Mara ini tidak lagi relevan... marah kepada pegawai-pegawai Mara.

"Jadi, saya rasa tak perlulah (Mara ditutup)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2013 peringkat negeri di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, hari ini.

Idris berkata demikian ketika ditanya nasib hampir dua juta orang Melayu yang menerima bantuan daripada Mara sekiranya kerajaan bertukar tangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pembangkang khususnya DAP sebelum ini pernah merancang untuk menutup Mara sekiranya menang dalam PRU-13 dan menggantikan badan itu dengan sebuah badan lain yang bersifat kesamarataan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pembangkang sebenarnya tidak memahami perbezaan di antara keadilan sosial dan kesamarataan.

"Inilah..mereka kena faham. Memang saya bimbang jika perkara ini disalahertikan.

"Kita bimbang sebab kita rasa proses transformasi bumiputera ini perlu dilakukan secara berterusan. Jika tidak ada proses ini, maka, bumiputera pasti akan ketinggalan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.